‘Hand-sanitizer’ atau lebih dikenali sebagai cecair pembasmi kuman yang kini menjadi kegunaan utama semua orang. Ia adalah untuk mencegah daripada kuman melekat di tangan dan sebagainya.
Cecair pembasmi kuman ini terbahagi kepada banyak jenis kandungannya. Ada yang mengandungi alkohol, ada yang tidak dan ianya bergantung kepada syarikat pengeluaran. Jika anda perhatikan pada botolnya, ada juga yang menyatakan bahawa bahan ini mudah terbakar.
Di Amerika Syarikat, sebuah amaran diberikan oleh Jabatan bomba Western Lake Oconomowoc di Winsconsin tentang bahaya meninggalkan ‘hand sanitizer’ dalam kereta. Kebanyakan ‘hand-sanitizer’ adalah berasaskan alkohol dan ia menjadikannya salah satu bahan mudah terbakar.
Tambahan lagi apabila ia ditinggalkan didalam kereta ketika cuaca panas. Selain daripada ditinggalkan dalam kereta ketika cuaca panas, ‘hand-sanitizer’ ini juga berbahaya jika ianya terdedah kepada puntung rokok. Ia boleh mengundang kebakaran.
Justeru itu, anda sebagai pengguna perlulah bijak menggunakannya dan memastikan ianya disimpan ditempat yang selamat.
Sumber: Astro Awani
Ingin sambung belajar tetapi tiada SPM & STAM? Tidak mengapa ! Daulah Educonsult akan bantu anda.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)