Universiti Al-Azhar adalah sebuah sebuah universiti terkemuka dan sering menjadi sebutan para pelajar untuk melanjutkan pengajian. Di universiti ini juga terlahir ramai ilmuwan dan para profesional Islam yang bijak mengenai ilmu agama Islam.

Jadi tidak hairanlah universiti ini menjadi tumpuan para pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam. Ramai yang beranggapan bahawa jika ingin masuk ke universiti ini pastinya memerlukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Anggapan itu adalah salah. Jika anda tidak mempunyai SPM atau STAM, anda sebenarnya boleh memohon untuk ke universiti ini. Bagaimana caranya? Jom baca cara-caranya.

Jika anda berimpian untuk sambung pengajian di Universiti Al-Azhar tetapi anda tidak mempunyai SPM atau STAM, anda boleh memohon di Madrasah Daulah terlebih dahulu. Madrasah Daulah adalah sebuah madrasah yang menyediakan program membimbing para pelajar untuk ke Maahad Buuth iaitu Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar.

BACA JUGA :   4 Cara Untuk Mengendalikan Emosi
Berikut adalah struktur pembelajaran di Madrasah Daulah: 

Pelajar membuat persediaan untuk mengikuti Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab dan lain-lain sebelum mengikuti ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

Tempoh pengajian adalah bergantung kepada tahap penguasaan pelajar. Jika pelajar itu mendapat keputusan yang baik dalam ujian kemasukan ke Maahad Buuth, pelajar itu akan diteruskan pengajian di peringkat menengah iaitu di Maahad Buuth. Tetapi jika keputusan kurang baik, pelajar itu akan dimasukkan ke Dirossah Khossah iaitu pra menengah dan mengikuti pembelajaran secara bertahap.

Setelah lulus semua peringkat, anda boleh menyambung Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam. Peluang ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 14 hingga 21 tahun tidak mengira latarbelakang pendidikan.

BACA JUGA :   Kemanakah destinasi pelajar lepasan SPM ?
Madrasah Daulah 

Program di Madrasah Daulah bermatlamatkan membina keperibadian dan membentuk karakter diri yang berkualiti serta memantapkan ilmu pengetahuan. Antara pengisian di Madrasah Daulah ini ialah:

  • Membina akhlak
  • Membentuk keperibadian dan karakter diri
  • Mendalami ilmu pengetahuan secara menyeluruh yang meliputi ilmu syarak, moden dan kemahiran
  • Hafazan Al-Quran dan bacaan secara bersanad

Jom daftar sekarang dengan Daulah Educonsult untuk mengikuti program di Madrasah Daulah dan sambung Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here