COVID-19 adalah wabak virus yang berkemampuan membunuh manusia. Virus berbahaya ini dikatakan berasal dari Wuhan, China. Penyebaran virus ini sudah merebak ke seluruh dunia. Ianya bukan sahaja mengancam kesihatan global, malah ekonomi juga. Di peringkat dunia, Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan secara mendadak.

Kes COVID-19 sudah pun melepasai 5 Juta pada Rabu dengan mencatatkan Amerika Syarikat dan Eropah menunjukkan peningkatan kes harian terbaru di seluruh dunia. Virus ini mula menular dan memuncak di negara China pada bulan Februari. Kemudian virus ini mula tersebar di Asia, Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Pegawai Kesihatan mengenakan sut lengkap PPE

Amerika Latin mencatatkan hampir 91,000 kes pada minggu ini. Jumlah terbesar datang dari negara Brazil yang sebelumnya melanda Jerman, Perancis dan seterusnya United Kingdom. Jumlah kes yang dicatatkan di Brazil semakin meningkat dan hanya berada di belakang Amerika Syarikat.

Wuhan, China mencatatkan 41 kes pertama pada 10 Januari dan mencatatkan hampir 1 juta kes pada 1 April. Dengan 5 juta kes, COVID-19 ini telah menjangkiti manusia hanya dalam masa 6 bulan sahaja.

BACA JUGA :   NIKMAT MAKANAN DI RUSIA
Sumber dari Astro Awani

Pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan 326,000 kematian atau mungkin lebih tinggi. Hal ini kerana khabarnya terdapat beberapa negara yang menyembunyikan jumlah sebenar kematian dan juga yang dijangkiti akibat virus COVID-19 ini. Tambahan, terdapat juga beberapa negara yang masih tidak mengamalkan kawalan pergerakan terhadap rakyatnya. Keadaan ini menyebabkan social distancing sukar untuk diamalkan.

Terdapat negara yang sudah mula membuka kembali sekolah, kolej dan juga menyeru rakyatnya untuk pergi bekerja ketika dunia masih lagi tenat menghadapi impak COVID-19 ini.

Sektor pelancongan juga terjejas

Ekonomi juga secara tidak langsung terpalit sama. Kebanyakan negara terpaksa membenarkan premis perniagaan beroperasi agar ekonomi dapat distabilkan. Namun SOP yang ditetapkan oleh kerajaan perlu dipatuhi agar virus ini dapat dihentikan segera penyebarannya.

BACA JUGA :   Maahad Buuth Peluang Untuk Anda Selami Ilmu Pengajian Islam Di Mesir.

Sama-samalah kita patuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Sentiasa amalkan kebersihan dan juga jarak jarak ketika anda berada di tempat umum yang ramai orang. Sentiasa amalkan kebersihan.

Berhasrat melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara? DAULAH EDUCONSULT sedia membantu anda.

DAULAH EDUCONSULT

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here