Kes COVID-19 pertama dikesan di Wuhan, China akhir tahun lalu dan telah tersebar hingga seluruh dunia telah menjadikan kes positif mencecah 4.41 juta kes. Menurut data Johns Hopkins University, pertambahan sebanyak 90,000 kes baru di seluruh dunia.

Satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta iaitu Amerika Syarikat. Manakala negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 ialah Rusia, United Kingdom (UK), Sepanyol dan Itali.

Angka jangkitan melebihi 100,000 pula ialah negara Brazil, Perancis, Turki, Iran dan Jerman. Negara-negara lain masih kekal kes dibawah 85,000. Amerika Syarikat kekal sebagai negara yang mencatatkan kematian tertinggi.

Untuk angka korban pula, kes meningkat sebanyak 6,000 dalam masa 24 jam di seluruh dunia. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 ini melebihi 301,000 kes.

BACA JUGA :   Ubat Antivirus Remdesivir Tak Berkesan Untuk Rawat COVID-19.

Sumber: Astro Awani

Oleh itu, amalkan penjarakkan sosial dan sentiasa menjaga kebersihan. Jangan lupa untuk memakai topeng mulut dan hidung serta hand sanitizers.

Ingin belajar Bahasa Arab dengan fasih dan mudah? Jom belajar di Timur Tengah dengan Daulah Educonsult !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here