Kes positif COVID-19 di 6 buah negara kini melebihi 100,000 kes iaitu di Perancis, Jerman, India, Turki, Peru dan Iran. Manakala di seluruh dunia pula kini telah melebihi 5.76 juta kes positif.

Berdasarkan data daripada Johns Hopkins University, pertambahan kes sebanyak 110,000 dalam tempoh masa 24 jam. Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang mempunyai kes jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatifnya 1.71 juta.

Negara Brazil dan Khamis mencatatkan kes jangkitan COVID-19 melepasi 400,000 dan Rusia pula lebih 300,000 kes dicatatkan. 2 buah negara lagi iaitu United Kingdom, Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan lebih 200,000 kes.

Negara-negara lain masih mencatatkan kes COVID-19 ini dibawah 84,000 kes termasuk China. Selain itu, Korea Selatan juga kembali mencatatkan peningkatan dalam kes positif COVID-19 sejak beberapa minggu lalu. Ia berikutan pelonggaran sekatan yang djalankan di negara itu.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Ejen Konsultan Terbaik Anda !

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Kim Kang-Lip, 37 daripada kes itu adalah kluster kelab malam Itaewon dan 3 kes lagi adalah kes import. Setakat ini, negara itu mencatatkan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 11,265 kes dan sebanyak 269 kematian.

Sumber: Astro Awani

Jom masuk Universiti Al-Azhar tanpa SPM & STAM dengan Daulah Educonsult

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here