Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu telah dilanjutkan sehingga 9 Jun. Ianya dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Sumber: Astro Awani

Semalam perutusan khas yang dibaca oleh Perdana Menetri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin itu adalah juga atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Antara intipati perutusan khas yang dibaca oleh PM Malaysia ialah:

  1. PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020

Tempoh ini dilanjutkan bagi meneruskan langkah berjaga-jaga. Ianya juga adalah kemahuan rakyat yang mana ingin kerajaan terus mengambil langkah berjaga-jaga dalam memerangi wabak ini. Ini beerti, semua peraturan dan SOP yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun nanti.

2. Tidak dibenarkan untuk merentas negeri

Langkah ini masih dikuatkuasakan oleh kerajaan iaitu larangan merentas sempadan negeri sempena musim perayaan ini. Ia termasuklah sebarang pesta seperti Hari Gawai dan Pesta Kaamatan sekaligus untuk melindungi kesihatan serta keselamatan rakyat Malaysia.

BACA JUGA :   Kelebihan belajar di luar negara

3. Kunjung-mengunjungi di hari perayaan

Sambutan perayaan masih dibenarkan, cuma hanya dibenarkan dalam kalangan jiran dan keluarga terdekat sahaja iaitu tinggal di negeri yang sama. Walaubagaimanapun, sambutan secara terbuka atau membuat rumah terbuka adalah tidak dibenarkan. Jumlah yang dihadkan hanyalah 20 orang sahaja pada satu-satu masa.

4. Pasangan suami isteri yang jauh dibenarkan bersatu

Langkah ini dilonggarkan oleh kerajaan bagi membolehkan pasangan yang tinggal berjauhan untuk berjumpa. Pasangan suami isteri yang ingin memohon perjalanan dinasihatkan untuk memohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau terus ke balai polis berhampiran.

5. Rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasioanal (BPN) dilanjutkan

Pihak kerajaan telah melanjutkan tempoh rayuan bagi permohonan BPN sehingga ke 31 Mei ini. Keputusan itu dibuat setelah mendengar dan mengambil kira rungutan dari rakyat tentang sebab penolakan yang dikatakan tidak relevan dengan keadaan semasa.

6. JAKIM sedang meneliti SOP solat berjemaah

BACA JUGA :   Sambung Belajar Di Luar Negara Kini Lebih Mudah Bersama Daulah Educonsult

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) kebenaran untuk solat secara berjemaah di surau dan masjid. Setelah siap diteliti, ia akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam Persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan.

7. Rakyat berpuas hati dengan Malaysia tangani COVID-19

Malaysia kini berada di tangga yang ke-4 daripada 105 buah negara yang mencapai tahap kepuasan dalam menangani wabak COVID-19. Menurut Perdana Menteri Malaysia, kejayaan itu merupakan hasil usaha dan pengorbanan besar semua pihak terutamanya barisan hadapan negara.

Sumber: Astro Awani 

Deenamik berpesan pada anda Jangan lupa untuk menjarakkan diri anda di tempat awam, sentiasa menjaga kebersihan dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Jom sambung belajar untuk tahun 2021 !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here