Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan. Keadaan ini membolehkan beberapa syarikat dan perniagaan menjalankan perniagaan seperti biasa namun perlu mematuhi SOP yang disediakan.

Pusat beli belah juga sudah mula beroperasi bermula 4 Mei lepas. Namun, panggung wayang, pusat karaoke dan sebagainya yang tidak menepati SOP yang dibenarkan masih belum boleh beroperasi. Pengunjung juga sudah dibenarkan untuk keluar melebihi 10 radius kilometer.

Satu kluster baru sudah mula dikenalpasti yang melibatkan pengawal keselamatan sebuah pusat membeli belah di Cheras, Kuala Lumpur. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisyam Abdullah, saringan telah dilakukan terhadap 436 orang. Setakat ini, 10 daripdanya didapati positif manakala lagi 79 sedang menunggu keputusan.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar di Universiti Al-Azhar!

Tambahnya, punca jangkitan masih lagi dalam siasatan. 9 dari mangsa tersebut adalah warga Nepal manakala seorang warga tempatan. 9 warga Nepal itu tinggal bersama di rumah di Cheras. Namun, nama pusat beli belah tersebut tidak didedahkan.

“Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenal pasti dan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka,” katanya.

Tambahnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Tititwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan ke COVID-19 berkaitan kluster ini. Semua kontak rapat bagi setiap kes dipanggil untuk tujuan saringan dan juga pendidikan kesihatan.

Setakat ini, kes yang disahkan adalah 6467 kes dan 107 kematian. Namun sebanyak 4776 pesakit telah sembuh. Sentiasa jaga kebersihan dan amalkan social distancing walau dimana sahaja anda berada.

BACA JUGA :   Permohonan Kemasukan Sambung Belajar Bidang Perubatan, Pergigian Dan Veterinar di Bangladesh Tahun 2022

Berhasrat Menyambung Pengajian Ke Universiti Di Luar Negara? Daftar Segera Bersama DAULAH EDUCONSULT

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here