Negara-negara yang ada di Timur Tengah sering menjadi tumpuan para pelancong untuk berkunjung ke sana. Ini kerana pelbagai sejarah dan tempat menarik tentang Islam disana menjadikan para pelancong ingin berkunjung dan melihat sendiri apa yang ada disini.

Selain itu, Timur Tengah juga menjadi destinasi buat para pelajar melanjutkan pengajian di universiti yang ada di sini. Daulah Educonsult adalah sebuah agensi yang menghantar dan menguruskan para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti luar negara.

Pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult antaranya ialah pergigian, perubatan, farmasi, veterinar, pengajian Islam dan banyak lagi. Kursus Bahasa Arab dan Pengajian di Madrasah Daulah serta Maahad Buuth juga ada ditawarkan iaitu di Mesir.

BACA JUGA :   Maahad Buuth Islami, Al-Azhar, Kahirah

Jika anda ingin melanjutkan pengajian disini anda juga boleh meneroka tempat-tempat menarik dan mengetahui sejarah yang ada. Antara tempat-tempat menarik boleh dikunjungi ialah:

Pasar Khan El-Khalili
Sumber: Google

Pasar ini menjual pelbagai jenis barangan cenderamata, barangan antik, barangan kemas dan sebagainya. Anda boleh berkunjung ke sini jika ingin mencari sesuatu untuk dijadikan kenangan. Pasar ini besar dan meriah dengan pelbagai jenis barangan. Setiap pelancong yang datang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk datang ke sini.

Piramid
Sumber: Google

Piramid adalah tempat wajib dikunjungi buat mereka yang suka bergambar dan ingin melihat dengan mata sendiri. Terdapat lebih 80 buah piramid yang ada di Mesir. Piramid yang terkenal ialah Piramid Agung Giza dan Piramid Sphnix iaitu piramid terbesar.

BACA JUGA :   Belajar Tanpa Sijil ke Maahad Buuth DI Madrasah Daulah
Laut Merah
Sumber: Google

Laut Merah adalah antara tempat yang paling bersejarah. Sejarah yang terkenal disini ialah kisah Nabi Musa membelah laut ini menggunakan tongkatnya semasa beliau dikejar oleh tentera Firaun. Kisah ini tercatat dalam Al-Quran dan sering menjadi tumpuan penyelam untuk menyelam disini kerana laut ini tersimpan batu karang dan pelbagai jenis hidupan marin.

Jom menuntut ilmu di Timur Tengah dan meneroka tempat-tempat menarik serta bersejarah ! Daftar sekarang dengan Daulah Educonsult untuk ke universiti luar negara. 

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here