COVID-19 telah menyebabkan banyak sektor terjejas dan telah menyebabkan ekonomi negara terjejas. Antara sektor yang menyumbang kepada ekonomi negara ialah sektor pelancongan. Sektor ini merupakan sektor pertama terjejas dan sektor terakhir untuk pulih.

Semua pengusaha dalam sektor ini perlu mengadaptasikan dengan normal baharu untuk memastikan risiko yang dihadapi dapat ditangani dengan baik. Menurut Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datik Tan Kok Liang berkata kemelesetan ekonomi dunia waktu ini sememangnya tidak boleh dielakkan. Samada memaksa pengusaha sektor ini mencari alternatif lain atau berdepan sahaja dengan risiko kerugian.

Wabak ini juga melumpuhkan kegiatan harian rakyat dan ada yang menyebabkan pekerjaan hilang, pendapatan berkurangan dan sebagainya. Tambah beliau, promosi dalam sektor pelancongan diteruskan dan pakej-pakej menarik bermula Jun hingga Disember.

BACA JUGA :   Jepun Catat Kes Baru COVID-19

Beliau juga menyatakan hasrat ada baiknya jika kerajaan turut sama membantu seperti memberikan insentif cukai, baucer dan sebagainya. Selain itu, keperluan dalam mengadaptasikan perniagaan ke normal baharu ini perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan.

Untuk melancong selepas ini memerlukan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu serta lebih ketat. Tempat yang kebiasaan dikunjungi ramai perlu mengehadkan kehadiran pengunjung. Tempat yang ramai orang perlu dielakkan.

Sama seperti pengangkutan iaitu bas dan penerbangan. Syarikat pengangkutan tidak boleh membawa penumpang dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa. Sama ada syarikat ini menaikkan harga atau mengalami kerugian.

Presiden itu juga turut memberikan cadangan dengan pihak kerajaan melanjutkan tempoh moratirum dan sokongan terhadap ‘staff retention program’. Ia adalah untuk membantu sektor pelancongan.

BACA JUGA :   Pakaian Tradisional Rakyat Malaysia

Sumber: Astro Awani

Jom belajar universiti luar negara melalui Daulah Educonsult !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here