Sumber: Google

Penyakit Kawasaki adalah sejenis penyakit yang terdapat pada kanak-kanak positif COVID-19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, hal itu dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tambah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah lagi dalam laman media sosialnya, gejala radang saluran darah bermula dengan gejala demam dan ruam. Sebuah laporan di Eropah dan Amerika Utara dikesan sejumlah kecil kanak-kanak dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Ia berikutan terdapat penyakit radang pelbagai sistem dan beberapa gejala serupa dengan penyakit Kawasaki serta sindrom kejutan toksik. Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreysu berkata ia sangat penting untuk mengetahui ciri sindrom ini dan akibat bagi memberikan rawatan.

BACA JUGA :   Bidang Pengajian Harus Dipilih dengan Betul

Selain itu, beliau turut meminta pakar di seluruh dunia agar bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan masing-masing untuk mengenalpasti sindrom ini pada kanak-kanak. Menurut laman web rasmi WHO, laporan kes itu telah menggambarkan penyakit akut disertai dengan sindrom hiperinflamasi iaitu membawa kepada kegagalan organ.

Ia sangat penting untuk mengenalpasti ciri sindrom berkenaan dan faktor risikonya. Ianya juga adalah untuk memahami sebab dan akibat serta mengetahui rawatan yang intervensi. Penyakit itu belum jelas sama ada faktor penyebarannya di Eropah dan Amerika utara itu menjelaskan corak yang sebenar atau bukan.

Sumber: Astro Awani

Sentiasa menjaga kebersihan dan lindungi anak-anak anda. Jaga jarak sosial di tempat awam dan elakkan berada di tempat awam jika tiada sebarang tujuan penting.

BACA JUGA :   Bidang Pergigian di Universiti Luar Negara

Tawaran mengikuti Kursus Bahasa Arab di luar Negara khusus untuk Golongan Pencen !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here