Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dilaksanakan bukanlah satu tiket untuk orang ramai melakukan aktiviti sesuka hati. Terdapat beberapa larangan melakukan aktiviti yang masih belum boleh dilakukan oleh masyarakat.

Jangan memandang remeh dengan perkara seperti ini kerana jika anda patuh akan arahan kerajaan, sudah pasti kita semua akan menang. Sekaligus dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini secepat yang mungkin.

Antara aktiviti yang dilarang ketika PKPB ini ialah:

Persidangan dan Pameran

Sebarang persidangam yang melibatkan ramai orang atau berkumpul seperti festival, pamera dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB ini.

Perayaan perarakan dan perhimpunan

Aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah di surau, masjid atau rumah-rumah ibadat tidak dibenarkan semasa tempoh PKPB ini.

BACA JUGA :   Hentikan Penyebaran Maklumat Palsu
Pendidikan

Sepanjang tempoh PKPB ini, sesi persekolahan masih belum dibuka dan sebarang aktiviti yang melibatkan sukan sekolah, perhimpunan, kokurikulum atau sebarang majlis yang melibatkan perkumpulan pelajar dan guru juga tidak dibenarkan.

Hiburan dan riadah

Pusat hiburan seperti panggung wayang, pusat karaoke, taman tema, muzium, busking dan sebagainya yang melibatkan tumpuan adalah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB ini.

Sukan

Begitu juga dengan aktiviti sukan yang melibatkan sentuhan fizikal seperti bola jaring, ragbi, bola baling dan sebagainya juga tidak dibenarkan. Kecuali sukan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal seperti badminton.

Pastikan anda sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama. Sentiasa amalkan penjarakkan sosial dan kerap mencuci tangan. Jangan keluar rumah jika anda tiada urusan penting. Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab bersama kita memerangi COVID-19.

BACA JUGA :   Gelagat Pelajar Sepanjang Sesi Persekolahan Bermula Dalam PKP.

Anda mencari universiti terbaik untuk bidang perubatan? Daulah Educonsult ada jawapannya !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here