Semalam merupakan angka terendah kes positif COVID-19 direkodkan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di jalankan. Tiada kematian direkodkan setakat semalam dan menjadikan ia genap seminggu tiada kes kematian akibat COVID-19.

Jumlah pesakit sembuh pula telah mencatatkan banyak peningkatan berbanding dengan kes positif baharu. Ia juga merupakan petunjuk bahawa langkah yang dijalankan oleh kerajaan adalah betul dan tepat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut berkata trend penularan wabak COVID-19 ini dalam kalangan masyarakat setempat juga dilihat semakin berkurangan.

Semalam, kes positif COVID-19 adalah sebanyak 10 kes iaitu kes harian paling rendah telah dicatatkan. Ini juga adalah kerjasama daripada rakyat yang patuh akan nasihat serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

BACA JUGA :   Anak Kelahiran Malaysia Jadi Datuk Bandar Di California

Jika rakyat tidak mematuhi SOP dan nasihat, mungkin Malaysia belum mampu mencapai tahap ini. Sememangnya ada sesetengah rakyat yang masih degil dan melanggar SOP PKPB, tetapi kerjasama diharapkan agar kita dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Kita seharusnya menjadikan negara jiran sebagai teladan dan pengajaran kerana barisan hadapan negara itu dilihat semakin berputus asa. Ini kerana rakyat di Indonesia tidak mematuhi dan mengambil cakna dengan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dijalankan sejak 15 Mac lalu.

Hal itu telah menyebabkan kes positif COVID-19 di Indonesia telah melebihi 23,000 kes. Di media sosial juga menjadi trending tanda pagar #Indonesiaterserah oleh sesetengah warganet Indonesia. Terdapat juga komen dan sindiran tanda tidak puas hati kepada mereka yang tidak mematuhi arahan PSBB itu.

BACA JUGA :   ??? ??????? ?? ?????????

Sumber: Berita Harian

Justeru itu, kita masih berada dalam langkah berjaga-jaga dan berhati-hati agar tidak menjadi seperti negara jiran itu. Memutuskan rantaian COVID-19 ini adalah tanggungjawab kita bersama. Jika kita mematuhi SOP dan nasihat kerajaan, pasti kita berjaya memerangi wabak ini dengan baik.

Sumber: KKM

Anda berminat untuk melanjutkan pengajian di Rusia? Kemasukan sesi September kini dibuka ! Jom daftar dengan Daulah Educonsult

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here