Tempoh PKPB sudah pun dilanjutkan oleh kerajaan sehingga hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, disebabkan perintah tersebut, ramai peniaga kecilĀ yang tidak dibenarkan beroperasi iaitu menjalankan perniagaan seperti biasa. Restoran juga dibenarkan beroperasi namun perlu patuhi SOP yang sudah disediakan oleh kerajaan.
Peka dengan situasi yang berlaku, Safer telah melancarkan Safer Food Merchant iaitu merupakan platform perniagaan makanan secara atas talian. Bukan sahaja restoran dan juga peniaga kecil yang boleh sertai platform ini, suri rumah yang mampu menghasilkan makanan juga digalak untuk sertai.
Jenis makanan juga tidak terhad. Antaranya termasuklah pencuci mulut, kek, makanan barat, makanan timur, makanan Cina, makanan India dan juga minuman. Namun makanan yang ingin diniagakan di Safer Food Merchant perlu halal.
Mudah sahaja untuk mendaftar di Safer Food Merchant. Layari laman web rasmi Safer di www.safer.my. Tonton video di bawah untuk tahu bagaimana untuk lakukan pendaftaran.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dalam melengkapkan maklumat yang dikehendaki, anda boleh kemukakan pertanyaan di live chat Safer. Pegawai Khidmat Pelanggan akan beri respon secepat mungkin.
Terdapat banyak kelebihan jika anda menyertai Safer Food Merchant. Antaranya adalah seperti perniagaan anda akan berkembang maju dengan bertambahnya jumlah pelanggan. Tambahan, anda hanya perlu menyediakan pesanan pelanggan, seterusnya delivery partner (rider)dari Safer akan datang dan menghantar pesanan tersebut kepada pelanggan anda.
Buat masa ini, Safer Food Merchant hanya dibuka kepada peniaga kecil, restoran dan juga suri rumah yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Penyertaan dari negeri lain akan dibuka secara berperingkat.
Berminat mengembangkan perniagaan anda secara atas talian? Sertai Safer Food Merchant segera!
- WEBSITE : https://www.safer.my/
- FACEBOOK : https://www.facebook.com/saferasia/
- INSTAGRAM : https://www.instagram.com/safer.my/
- TWITTER : https://twitter.com/SAFERofficial
- YOUTUBE : https://www.youtube.com/channel/UCYIJhI_1-dfnz-cv_kv84Fw
No fon : Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Khidmat Pelanggan : 01120586389