Rusia adalah antara negara terbaik yang menawarkan pengajian yang berkualiti tinggi dan universiti terbaik. Seringkali kita dengar jika doktor, pastinya lulusan dari universiti Rusia. Bukan sahaja menawarkan bidang perubatan, malah ada juga menawarkan bidang pengurusan perniagaan antarabangsa dan penerbangan awam.

Anda berminat untuk melanjutkan pengajian di universiti Rusia? Jom, Daulah Educonsult akan bantu anda !

Daulah Educonsult adalah sebuah badan konsultasi pendidikan yang menguruskan para pelajar menyambung pengajian ke universiti luar negara. Malah, Daulah juga turut membantu para pelajar mencapai impian untuk melanjutkan pengajian ke universiti terbaik luar negara.

Selain negara Rusia, negara-negara lain seperti Bangladesh, Indonesia, Poland dan banyak lagi turut ditawarkan dalam pelbagai bidang pengajian. Pastinya bakal menjadi pilihan anda kerana pelbagai pilihan menarik yang anda boleh pilih untuk emncapai cita-cita anda.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Universiti Al-Azhar Tanpa SPM & STAM!
Bidang Pengajian 

Bidang-bidang yang ditawarkan di Rusia ialah:-

  • Perubatan
  • Penerbangan Awam
  • Gerontologi
  • Pengurusan Perniagaan Antarabangsa

Jika anda berminat untuk mengambil Asasi Perubatan, anda ditawarkan untuk mengambilnya di Kursk State Medical University atau dikenali KSMU. Kebanyakan pelajar memilih KSMU sebagai destinasi untuk melanjutkan pengajian. Ini kerana yuran yang dikenakan amat berpatutan. Seterusnya anda boleh mengambil ijazah dalam bidang yang sama di KSMU.

Universiti di Rusia

Universiti lain yang ditawarkan ialah:-

  • Saint Petersburg University
  • Privolzhsky Research Medical University
  • Volgograd State Medical University
  • I.M Sechenov First Moscow State Medical University
  • Moscow Aviation Institute

Jom daftar sekarang untuk kemasukan sesi September 2020 dengan Daulah Educonsult ! Lunaskan impian anda untuk belajar di universiti luar negara.

BACA JUGA :   Daftar Segera Kemasukan Ke Universiti Di Indonesia Sesi SEPTEMBER 2020

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here