Sumber Gambar: Google

1 May adalah merupakan Hari Pekerja iaitu hari tenaga kerja Malaysia. Kebiasaannya, sambutan ini diadakan dengan perhimpunan tetapi berbeza dengan tahun ini. Tahun ini Hari Pekerja disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hari Pekerja pada kali ini disifatkan unik kerana telah berjaya menaikkan semangat pekerja untuk memberikan yang terbaik kepada kesejahteraan negara. Terutamanya buat petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah.

Selain itu, tidak lupa juga pada pekerja yang terjejas pendapatannya ekoran COVID-19 ini seperti sektor pelancongan, sektor perniagaan kecil-kecilan seperti makanan. Ia masih boleh beroperasi tetapi secara terhad bagi mengekang penularan wabak ini.

Lengkung pandemik berjaya diratakan dan bilangan pesakit positif COVID-19 harian telah menurun dan mengekalkan hanya sebanyak dua angka sahaja sejak 17 April lepas. Sekaligus ia memberikan sedikit kelonggaran dalam peraturan ‘sekatan pergerakan’ yang kini masih dilanjutkan sehingga 12 Mei.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Kemasukan Oktober & November Ke Universiti Perubatan Rusia

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, rekod COVID-19 di negara ini sejak semalam telah menjangkiti seramai 6,002 orang dan 102 kematian.

Kes pulih dan dibenarkan discaj telah meningkat sebanyak 69.5% atau 4,171 kes daripada keseluruhan kes.

Sumber: Berita Harian 

Jom belajar Bahasa Arab di Timur Tengah ! Daftar sekarang dengan Daulah Educonsult

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here