Sebuah survei iaitu Survei Khas Kesan COVID-19 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan (Pusingan 2) ke atas Ekonomi dan Individu. Ia adalah bagi mengenalpasti tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap wabak ini dan adakah kehidupan dalam tempoh PKP ini dapat dikekalkan.

Hasil daripada survei tersebut, sebanyak 92.9% atau seramai 38,455 responden bersedia untuk mengekalkan gaya hidup sekarang apabila tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

Sumber: Google

Selain itu, sebanyak 93.6% responden menyatakan mereka makan meningkatkan tahap penjagaan kebersihan dan diikuti dengan menghadkan aktiviti sosial iaitu sebanyak 83.3%. Manakala sebanyak 67.1% akan menghadkan aktiviti pelancongan.

Ia adalah majoriti kesemua responden sama ada di bandar mahupun luar bandar bersedia untuk meningkatkan lagi tahap penjagaan kebersihan. Sekaligus usaha untuk mengurangkan penularan penyakit yang berjangkit itu.

BACA JUGA :   Kluster Benteng Dikesan Di Lahad Datu

Dalam hasil survei itu juga, sebanyak 65.4% responden yang bekerja manakala sebanyak 21.6% tidak bekerja. Mereka yang bekerja dari rumah adalah sebanyak 42.6% dan 20.3% lagi adalah bekerja secara bergilir atau mengikut keperluan dengan gaji penuh.

Sebanyak 93.7% responden amat berpuas hati dengan fasiliti dan pencapaian yang disediakan untuk menangani COVID-19 di negara ini berbanding negara luar. Rata-ratanya berpuas hati dengan petugas barisan hadapan termasuk fasiliti yang disediakan oleh kerajaan (96.1%).

Survei tersebut dijalankan pada 10 hingga 24 April lalu secara dalam talian yang melibatkan modul umum, pekerjaan, corak kehidupan dan pendidikan. Hasil tersebut dijawab oleh 70.7% responden dari bandar dan 29.3% responden dari luar bandar.

BACA JUGA :   Bau Mulut Tetap Ada Walaupun Sudah Berkali-kali Memberus Gigi.

Jangan lupa untuk terus amalkan penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga anda !

Sumber: Astro Awani

Jom belajar BAHASA ARAB di Timur Tengah dengan Daulah Educonsult !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here