Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebarang aktiviti hiburan tidak dibenarkan beroperasi. Ia termasuklah pawagam, tetapi dijangka bakal dibuka mulai Julai ini. Banyak filem yang bakal ditayangkan terpaksa ditangguhkan, ekoran demi mengekang penularan wabak COVID-19 itu.
Filem-filem antarabangsa seperti The Purge 5, Tenet dan Mulan bakal ditayangkan pada Julai ini, ia adalah menurut Astro Awani yang memetik laporan The Star. Malah, Golden Screen Cinemas (GSC) juga turut memberi bayangan bahawa mereka bakal beroperasi semula Julai nanti.
Gaya hidup baru iaitu penjarakkan sosial dan disinfeksi menyeluruh bakal diikuti oleh pihak pawagam. Ia adalah demi mencegah penularan COVID-19 itu. Berikut adalah antara tarikh dan filem yang bakal ditayangkan:
- Tenet – 16 Julai
- Mulan – 23 Julai
- Wonder Woman 1984 – 13 Ogos
- A Quiet Place 2 – 3 September
- The Conjuring: The Devil Made Me Do It – 10 September
- The King’s Man – 17 September
- Death On The Nile – 8 Oktober
- G.IJoe Snake Eyes – 22 Oktober
- Black Widow – 5 November
- Godzilla Vs Kong – 19 November
- Soul – 19 November
- No Time To Die – 26 November
- Free Guy – 10 Disember
- Dune – 17 Disember
- Top Gun Maverick – 24 Disember
Sumber: Astro Awani
Walaupun pawagam bakal dibuka nanti, jangan lupa untuk mengamalkan penjarakkan sosial dan sentiasa menjaga kebersihan. Bersama-sama kita memutuskan rantaian COVID-19.
Jika anda sedang mencari universiti terbaik luar negara untuk melanjutkan pengajian, Daulah Educonsult tawarkan anda universiti terbaik !
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)