Ahli Parlimen Muar,  Syed Saddiq meminta agar pihak universiti melaksanakan pengurangan yuran. Hal ini dilakukan bagi mengurangkan bebanan mahasiswa khususnya dalam ekonomi 2020 ini.

Menurut beliau, langkah tersebut perlu diambil seiring dengan tindakan pihak pengurusan universiti yang menghentikan operasi bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Tambahnya, kelas dan kuliah tidak lagi berjalan seperti kelaziman namun pelajar tetap harus membayar yuran dengan penuh.

Ramai pelajar dari keluarga B40 dan M40 yang menghadapi kesukaran dalam segi kewangan akibat pelaksanaan PKP. Hal ini ditambah dengan ekonomi keluarga yang tidak menentu. Oleh itu, kebajikan pelajar perlu ditimbang tara.

“Kita perlu fikirkan kebajikan mereka. Itu merupakan tanggungjawab yang tak boleh ditolak ketepi.”

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Ke Mesir Tanpa SPM / STAM?

Tambahnya, kerajaan tidak sepatutnya menambah beban mereka dengan yuran universiti dan mahasiswa juga tidak sepatutnya berhenti belajar hanya disebabkan beban bayaran yuran pengajian.

Pada 26 Mei, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengurangkan yuran pengajian di universiti berikutan ketidaktentuan ekonomi negara sepanjang penularan wabak Covid-19.

Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad memaklumkan pengajian di universiti yang diadakan secara atas talian dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Mahasiswa sejujurnya perlu diberi perhatian kerana ianya mampu memberi kesan kepada masa depan mereka. Oleh itu, kerajaan perlu sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan pelajar.

Jika ada antara anda yang berminat melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara, sila tinggalkan komen atau hubungi DAULAH EDUCONSULT. DAULAH EDUCONSULT adalah pakar konsultasi pendidikan terbaik di Malaysia. Anda boleh jalani sesi konsultasi secara percuma di pejabat mereka di Dataran Pandan Prima 2, Ampang, Kuala Lumpur.

BACA JUGA :   Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here