Anda tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Agama Malaysia untuk ke universiti di Timur Tengah? Jangan risau ! Anda masih boleh masuk ke Universiti Al-Azhar walaupun tidak memiliki SPM atau STAM.
Sebuah universiti gah lagi tersohor anda boleh sambung belajar walaupun tiada SPM dan STAM. Caranya adalah anda perlu mengikuti program di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth terlebih dahulu. dan seterusnya anda boleh sambung ke peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar.
Madrasah Daulah adalah sebuah program persediaan untuk para pelajar ke Maahad Buuth. Di Madrasah Daulah ini akan anda akan mempelajari:
- Tahsinul Qur’an
- Tahfizul Qur’an
- Talaqqi Dalaman
- Talaqqi Kitab bersama Syeikh
- Pengajian Bahasa Arab
- Pengajian Umum
- Program Study Tour
Disini mengamalkan konsep ‘lompat kelas’ ianya bergantung kepada prestasi pelajar. Jika pelajar mendapat keputusan yang baik dan cemerlang, pelajar akan dimasukkan terus ke Maahad Buuth. Maahad Buuth atau lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar.
Maahad Buuth adalah sebuah sekolah kebajikan yang menampung yuran pengajian dan tenaga pengajar. Ianya ditanggung oleh pihak pengurusan Universiti Al-Azhar. Pelajar yang mengikuti program di Mahaad Buuth ini hanya perlu membayar keperluan asas sahaja.
Jika keputusan pelajar kurang baik, pelajar akan mengikuti pra-menengah terlebih dahulu iaitu Dirosah Khossoh. Setelah selesai pengajian di peringkat pra-menengah dan menengah, pelajar boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang pengajian Islam sahaja di Univeriti Al-Azhar.
Peluang ini terbuka kepada pelajar yang berumur antara 14 hingga 21 tahun lelaki dan perempuan. Kemasukan adalah pada bulan Jun & September 2020. Jom daftar sekarang dan sambung ke Universiti Al-Azhar melalui Madrasah Daulah & Maahad Buuth !
Jika anda perlukan khidmat nasihat, anda boleh dapatkan sesi konsultasi secara percuma dengan konsultan Daulah Educonsult. Hubungi talian berikut
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)