Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat mengumumkan terdapat lebih 300 pekerja AirAsia Bhd yang bakal diberhentikan perkhidmatan mereka. Syarikat penerbangan tambah murah itu bertindak demikian dalam usaha pengecilan operasi susulan daripada situasi sukar akibat wabak COVID-19.

Pemberhentian itu dijangka membabitka 111 kru kabin, 172 juruterbang dan 50 jurutera. Mereka yang terbabit dalam skim pemberhentian ini akan menerima pampasan dan akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam.

Tambah Riad, penstrukturan semula organisasi dilihat sebagai alternatif yang boleh dilakukan buat masa ini kerana situasi yang dihadapi sekarang adalah sangat sukar. Hal ini kerana AirAsia tidak mempunyai pilihan dalam memastikan syarikat penerbangan ini terus beroperasi seperti sebelumnya.

BACA JUGA :   MKN Benarkan Makan Besar Pada Tahun Baru Cina Tidak Melebihi 15 Orang.

Seterusnya, syarikat penerbangan jarak jauh, AirAsia X turut akan melakukan pengurangan tenaga pekerja. Hal ini termasuklah dengan tenaga pekerja asing. Namun, tiada jumlah sebenar petugas yang bakal diberhentikan membabitkan tenaga kerja dari pelbagai sektor seperti pengurusan, operasi, kru dan juga juruterbang.

Situasi ini berlaku disebabkan oleh COVID-19 yang mengakibatkan pelbagai sektor khususnya sektor pelancongan terjejas. Hal ini secara tidak langsung memberi kerugian terhadap syarikat penerbangan sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Berminat melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara? DAULAH EDUCONSULT membuka peluang tersebut dengan menawarkan sesi kemasukan pada bulan September 2020 di universiti yang telah mnendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA.

BACA JUGA :   Norma Baharu Kehidupan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here