Amerika Syarikat dijangkakan akan menetapkan sekurang-kurangnya empat tambahan media milik negara China sebagai kedutaan asing. Hal ini bagi meningkatkan sekatan operasi mereka di Amerika Syarikat. Mereka bertindak menyekat syarikat telekomunikasi China Mobile daripada menawarkan perkhidmatan kepada pasaran telekomunikasi negara tersebut.

Hal ini kerana kerajaan Amerika Syarikat beranggapan bahawa kemasukan Mobiole China boleh menyebakan keselamatan negara Amerika Syarikat berada dalam ancaman. Pentadbiran Maklumat dan Telekomunikasi Kebangsaan (NTIA) menyatakan, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan sepatutunya menolak permohonan negara China pada 2011 untuk menawarkan perkhidmatan antara Amerika Syarikat dan juga negara lain.

China Mobile merupakan pengendali telekomunikasi terbesar dunia dengan 899 juta pelanggan. Keputusan untuk menyekat media China ini berlaku di tengah ketengangan dagangan yang meningkat antara Washington dengan Beijing.

BACA JUGA :   Gigi Hadid Diboikot Peminat Di China Gara-gara Menghina Wajah Orang Asia

Amerika Syarikat dijangka akan melaksanakan tarif terhadap barangan dari China yang bernilai AS$34 bilion pada 6 Julai ini. Beijing juga akan menyambutnya dengan takrifnya sendiri.

ZTE Corp terpaksa membatalkanoperasi besar-besarannya April lalu ketika AS mengenakan larangan pembekalan terhadap negaranya. Hal ini kerana China dikatakan melanggar perjanjian mendisiplinkan eksekutif yang berkonspirasi mengelak sekatan AS terhadap Iran dan juga Korea Utara.

ZTE Corp adalah pembuat perlatan telekomunikasi nombor dua terbesar di China. ZTE dalam proses menarik balik larangan itu dan mengumkan lembaga pengurusan baharu minggu ini.

Menurut data yang diperoleh dari Thompson Reuters, China Mobile Communications Corp adalah sebuah firma yang dikawal oleh kerajaan. Tambahan, ia memiliki pegangan hampir 73 peratus China Mobile sehingga Disember lalu.

BACA JUGA :   Joe Biden Rasmi Jadi Presiden Baharu Amerika Syarikat.

Berminat melanjutkan pengajian ke universiti dan bidang pengajian pilihan di laur negara. DAULAH EDUCONSULT membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/STAM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Negara yang ditawarkan adalah seperti Rusia, Poland, Mesir, Bangladesh, Indonesia, Turki dan sebagainya.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here