Angka kematian akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia kini telah meningkat sebanyak 2,000 dalam tempoh 24 jam. Ia menjadikan kumulatif untuk kematian melepasi 373,000 kes.

Berdasarkan data dari Johns Hopkins University, angka kematian yang tertinggi iaitu sebanyak 104,000 kes masih di catat oleh Amerika Syarikat. Manakala United Kingdom dan Itali masih di kedudukan ke-2 dan ke-3 iaitu kematian sebanyak 39,000 dan 33,000 lebih kes kematian.

Negara Brazil, Sepanyol dan Perancis mencatatkan kematian sebanyak 29,000, 27,000 dan 28,000 kes. Negara-negara lain pula masih dibawah 10,000 kes kematian. Baiknya, dunia terus dikhabarkan berita baik iaitu perkembangan positif buat pesakit yang telah sembuh.

BACA JUGA :   Darurat : Pemimpin Parti PN Sudah Puas Hati

Jumlah pesakit yang telah sembuh dan pulang ialah sebanya 2.67 juta pesakit di seluruh dunia.

Setakat semalam iaitu 1 Jun, sebanyak 38 kes baharu dilaporkan di Malaysia dan tiada kematian direkodkan setakat semalam. Jumlah kes sembuh pula bertambah sebanyak 51 kes sembuh baharu sekaligus menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh ialah sebanyak 6,404. Untuk keseluruhan, Malaysia mencatatkan 7,857 kes.

Sumber: Astro Awani

Jom sambung belajar di universiti luar negara melalui Daulah Educonsult !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here