Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah mengumumkan akan membatalkan dua kejohanan badminton iaitu Terbuka Switzerland dan Kejuaraan Eropah 2020. Sebelumnya, kedua-dua kejohanan ini adalah dalam fasa ‘penangguhan’ sehingga tarikh yang sesuai.
Terbuka Swtizerland dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 22 Mac. Kejuaraan Eropah pula dijadualkan pada 21 hingga 26 April namun BWF telah menangguhkan semua kejohanan tersebut akibat wabak pembunuh COVID-19.
BWF dan Swiss Badminton mencapai kata sepakat iaitu memutuskan bahawa adalah tidak wajar untuk menganjurkan kejohanan tersebut. Kejohanan tersebut akan ditunda pada tarikh lain yang sesuai dalam tahun 2020.
Menurut BWF, Badminton Europe dan Persekutuan Badminton Ukraine juga telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi edisi 2021. Temasya sukan itu akan diadakan di ibu kota Ukraine bermula 27 April hingga 2 Mei 2020.
BWF juga membatalkan tiga lagi kejohahan. Antaranya ialah Terbuka Australia 2020, Terbuka Hyderabad dan Mastres Korea. Masters China pula dijadualkan akan berlangsung b25 hingga 30 Ogos di Sanya. Masters China dijangka akan menjadi acara badminton pertama selepas kejohanan All England pada Mac. Hal ini demikian kerana sebahagian besar kejohanan tersebut masih ditangguh, ditunda atau dibatalkan.