Mungkin ada di antara anda yang sudah melengkapkan pendaftaran bersama Safer Food Merchant. Kepada anda yang masih belum melakukan pendaftaran, jangan tunggu lama-lama. Hal ini kerana anda bakal terlepas peluang untuk mempromosikan dan memasarkan perniagaan makanan anda secara atas talian.
Bagi anda yang masih lagi belum melakukan pendaftaran, boleh klik link di bawah , seterusnya, klik butang RESTAURANT.
Aplikasi Safer Food sudah boleh di muat turun di Google Play Store dan App Store . Anda hanya perlu taip Safer Food.
Untuk memudahkan urusan pendaftaran, anda boleh tonton terlebih dahulu video di bawah tentang bagaimana cara untuk melakukan pendaftaran.
Seterusnya, anda perlu melengkapkan beberapa dokumen bagi mengaktifkan akaun anda. Ikuti langkah berikut untuk mengaktifkan akaun anda.
- Pastikan anda sudah mengisi semua maklumat ada dengan betul ketika melakukan pendaftaran. Semua maklumat adalah WAJIB diisi.
- Anda WAJIB melampirkan kesemua dokumen yang diperlukan :
-Store License (Lesen Syarikat)
-Store Owner ID (Kad pengenalan Pemilik)
-Halal Certificate (Sijil Halal)
-SSM Certificate (Sijil Pendaftaran Syarikat)
***Sertakan dokumen dalam bentuk gambar (JPEG/PNG)
3. WAJIB tetapkan setting seperti :
-Lokasi restoran/kedai/rumah
***Pastikan lokasi adalah lokasi yang tepat. WAJIB masukkan alamat dan pastikan dapat dikesan di MAPS.
-Waktu operasi
-Nombor telefon yang boleh dihubungi
-Nama bank, akaun dan lain-lain
-Logo Kedai (Bagi menarik pengunjung mengunjungi kedai anda)
4. Selepas selesai bahagian 1 hingga 3 ,Pastikan anda menetapkan Food Category (Kategory Makanan). Sebagai contoh kategori , NASI ATAU MINUMAN.
5. Selepas selesai 4 langkah di atas, anda WAJIB menetapkan ITEMS (Jenis Makanan)
PILIH SELECT CATEGORY
Sebagai contoh, NASI : di ruangan ITEM anda harus letakkan jenis nasi anda seperti NASI GORENG KAMPUNG.
JANGAN LUPA ! Tetapkan harga , maksimum dan juga minimum order. Gambar menu juga perlu mengikut ukuran yang sesuai.
Selepas selesai kesemua langkah di atas, anda telah selangkah untuk memajukan perniagaan anda. Tahniah! Seterusnya, admin akan ambil selama satu hari waktu bekerja untuk mengaktifkan akaun anda. Namun, jika terdpat masalah dengan dokumen dan sebagainya, maka ia akan mengambil sedikit masa. Oleh itu, jangan lupa untuk lengkapkan pendaftaran anda bagi memudahkan urusan admin dan juga anda.
Tonton video di bawah jika anda menghadapi masalah ketika melengkapkan pendaftaran anda. Video di bawah adalah mengenai cara menggunakan Live Chat di Safer.
Jangan lupa untuk ikuti platform media sosial Safer untuk dapatkan maklumat terkini dari mereka.
- WEBSITE : https://www.safer.my/
- FACEBOOK : https://www.facebook.com/saferasia/
- INSTAGRAM : https://www.instagram.com/safer.my/
- TWITTER : https://twitter.com/SAFERofficial
- YOUTUBE : https://www.youtube.com/channel/UCYIJhI_1-dfnz-cv_kv84Fw
No fon : Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Khidmat Pelanggan : 01120586389