Kerajaan arab Saudi telah mengumumkan bahawa musim haji tahun ini akan tetap diteruskan. Ianya adalah khabar gembira buat para jemaah. Namun ibadah haji kali ini perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan jumlah jemaah juga telah dihadkan. Berita ini dilapor oleh stesen televisyen al Ekhbariya. 

Keputusan ini dilakukan bagi memastikan ibadah haji akan tetap dapat dijalankan dengan selamat dari pelbagai perspektif negara yang sudah menetap di Arab Saudi. Keputusan ini juga dibuat berdasarkan perspektif kesihatan umum dengan sentiasa memantau pendekatan pencegahan dan juga protokol sosial distancing. Hal ini bagi melindungi umat Islam dari risiko terjangkit COVID-19.

“Keputusan ini adalah refleksi keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam dari bahaya pandemik,” lapor stesen itu. Keputusan ini adalah selari dengan ajaran Islam agar melindungi nyawa.

BACA JUGA :   Cara Mudah Latih Anjing Pengesan

Kerajaan Arab Saudi tidak pernah membatalkan musim Haji sejak 90 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, jumlah jemaah yang dibenarkan untuk mengerjakan ibadah haji masih belum diketahui.

Seperti kebiasaannya, musim haji dijadual bermula hujung Julai dengan mengumpulkan hampir dua juta umat Islam di seluruh dunia.

Semoga umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dipelihara kesihatannya dan mampu menyelesaikan rukun Islam ke lima.

Daulah Educonsult juga membuka kembali tawaran sambung belajar luar negara kepada pelajar yang berminat. Daftar segera bersama Daulah Educonsult.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

BACA JUGA :   Tawaran Ke KSMU Kemasukan Februari 2020 Kembali Dibuka

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here