Tabiat merokok boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan ianya juga mampu melemahkan sistem imuniti manusia. Risiko lain juga terpalit iaitu berkemungkinan mendapat jangkitan bakteria dan wabak COVID-19 ini.

Menurut analisa yang diperolehi Deenamik memetik akhbar Berita Harian, analisa Kementerian Kesihatan mendapati jumlah kematian akibat COVID-19 kepada individu yang merokok adalah lebih tinggi berbanding bukan perokok iaitu sebanyak 17.6% berbanding 12.1%.

Menerusi kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disiarkan pada 27 Mei lalu mendapati beberapa kajian luar negara mendapati perokok berisiko tinggi untuk memperolehi komplikasi yang teruk jika kena COVID-19. Wabak COVID-19 adalah sejenis penyakit yang berjangkit. Ianya menyerang dan melemahkan sistem badan manusia terutamanya paru-paru.

BACA JUGA :   The Future of Transportation: Exploring Electric and Hydrogen-Powered Vehicles

Sebuah penelitian dan analisa awal mendapati sejarah berkenaan merokok dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit dijalankan ke atas 86 daripada jumlah pesakit COVID-19 yang sudah meninggal di Malaysia. Sebanyak 19.8% atau 17 orang daripadanya adalah perokok.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, seseorang perokok yang positif COVID-19 akan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi berbanding individu tidak merokok. Hal ini adalah kerana perokok berisiko untuk mendapat penyakit radang paru-paru atau kerosakan paru-paru dan akan berakhir dengan kematian.

Kementerian kesihatan Malaysia turut akan membuat pemantauan untuk kesalahan dalam penjualan rokok walaupun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tetapi dalam tempoh PKPB ini kebanyakan premis penjualan tidak beroperasi seperti sebelum ini. Namun, penjualan secara dalam talian atau online masih giat berjalan.

BACA JUGA :   Kami Tak Akan Tukar Logo Visit Malaysia 2020 - Datuk Seri Nazri Aziz

Ketua Pengarah Kesihatan turut menyatakan kepada perokok yang ingin berhenti merokok tetapi terbatas dengan PKPB ini, mereka boleh mendapatkan khidmat kaunseling secara online. Khidmat itu disediakan oleh kementerian dengan kerjasama beberapa insitutsi seperti Persatuan Farmasi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sumber: Berita Harian

Jom gunakan aplikasi SAFER Food untuk tempah makanan kegemaran anda!

Daftar sebagai pengguna di link ini : http://tinyurl.com/y8kzvbeq

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here