Daulah Educonsult kembali membuka kemasukan ke universiti di Rusia bagi lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Pelajar yang berminat boleh melakukan pendaftaran melalui Daulah Educonsult dan sesi kemasukan yang seterusnya adalah pada Julai dan September 2020.

Universiti yang ditawarkan di Rusia adalah yang terbaik dan bertaraf antarabangsa. Tambahan universiti-universiti ini telah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA dan MMC. Universiti di Rusia juga adalah antara pilihan pelajar dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda.

Bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Kursk State Medical University

Kursk State Medical University atau KSMU ditubuhkan pada tahun 1935 dan terletak di bandar Kursk yang merupakan bandar perindustrian. Universiti ini menawarkan bidang pengajian pra perubatan, perubatan dan juga gerontologi (social works). KSMU adalah antara pilihan pelajar dari Malaysia kerana universiti ini mengamalkan sistem “LOCK FEE”  iaitu yuran adalah tetap tanpa ada kenaikan atau penurunan. Universiti ini juga antara universiti yang menggunakan bahasa Inggeris dalam sesi pembelajaran.

Russia National Research Medical University

Universiti yang terletak di Moscow ini menawarkan bidang pengajian perubatan. Dibina pada tahun 1906 dan merupakan antara universiti perubatan yang tertua di Rusia. Miscow adalah ibu negara bagi Rusia dengan kepdatan penduduk kira-kira 5000,000 penduduk. Universiti adalah universiti pertama di Rusia yang menawarkan kemasukan kepada pelajar perempuan untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

BACA JUGA :   Ayuh Dapatkan Khidmat Konsultasi Pendidikan Secara Percuma Bersama Daulah Educonsult

Saint Petersburg University

Universiti yang dibina pada tahun 1724 atas arahan Tsar Peter The Great. Pada awal penubuhannya, universiti ini aktif dalam bidang kajian Sains, kejuruteraan dan kemanusiaan. Terdapat pelbagai kemudahan dan fasiliti yang terbaik untuk keselesaan pelajar seperti gim, asrama, perpustakaan dan banyak lagi. Universiti ini terletak di Saint Petersburg.

Privolzhsky Research Medical University

Universiti ini menawarkan bidang pengajian perubatan. Dibina pada tahun 1920, universiti awam ini terletak di kawasan urban di bandar Nizhny Novgorod. Universiti yang berusia 100 tahun ini adalah universiti berprestij di Rusia. Ramai pelajar dari seluruh dunia memilih untuk melanjutkan pengajian ke universiti ini.

Volgograd State Medical University

Universiti ini bukan sahaja terkenal di Rusia malahan di seluruh dunia juga. Hal ini kerana reputasi yang dimilikinya menyebabkan banyak negara memilih untuk menghantar pelajar ke universiti ini. Universiti yang menawarkan bidang pengajian perubatan ini dibina pada tahun 1935 dan terletak di Volgograd.

I.M. Sechenov First Moscow State Medical University

Dibina pada tahun 1758 dan sudah berusia hampir 262 tahun. Universiti ini menawarkan bidang pengajian perubatan kepada para pelajarnya. Universiti ini juga mempunyai kampus kliniknya sendiri yang wuud pada tahun 1897. Ianya diiktiraf sebagai salah satu pusat pendidikan terbesar di sekitar Eropah.

BACA JUGA :   Haiwan Peliharaan Individu Positif COVID-19 Perlu Dikuarantin

Moscow Aviation Institute

Lebih dikenali sebagai MAI , universiti yang dibina pada tahun 1930 dan menawarkan bidang pengajian kejuruteraan pesawat. Universiti ini mempunyai pelbagai teknologi yang bersesuaian dengan bidang pengajain yang ditawarkan. Makmal yang mempunyai kelengkapan lengkap pembelajaran memudahkan proses pembelajaran berjalan lancar.

Kesemua universiti di atas adalah antara pilihan pelaja runtuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Belajar ke luar negara menjanjikan pengalaman yang berbeza. Tambahan, Rusia adalah negara 4 musim. Anda pasti tidak akan terlepas peluang untuk merasai kesemua musim-musim tersebut.

Lakukan pendaftaran segera bersama DAULAH EDUCONSULT. 

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here