Pada 25 Mei 2020 yang lalu iaitu hari Isnin, pegawai Polis di Minneapolis telah menangkap George Floyd. Floyd merupakan seorang lelaki kulit hitam yang berusia 46 tahun. Kematiannya telah menyebabkan hampir keseluruhan bandar California berlaku rusuhan yang teruk. Hal ini kerana kematiannya dianggap tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.

Rumah Putih diletakkan di dalam kawalan ketat kerana penunjuk perasan membuat rusuhan di Lafayatte Park di luar Rumah Putih. Merek berkumpul sambil melaungkan “Tiada Keadilan. Tiada Kedamaian”.

Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey mengisytiharkan perintah berkurung bermula jam 8 hingga 6 pagi pada waktu tempatan. Perintah berkurung ini berkuatkuasa pada Jumaat sehingga 8 malam hari Sabtu. Insiden yang tercetus menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku.

Floyd adalah seorang lelaki kulit hitam yang berusia 46 tahun. Floyd ditahan kerana terdapat seorang pekerja yang telah menelefon 911 dan menuduh Floyd membeli rokok dengan menggunakan wang palsu.

KRONOLOGI 

George Floyd tiba di kedai Cup Foods di Powderhorn, sebuah bandar di Minneapolis. Floyd dan rakan-rkannya datang untuk membeli rokok dan membayar dengan wang USD 20.

Setelah Floyd kembali ke keretanya, pekerja di kedai berkenaan datang dan meminta Floyd memulangkan rokok itu kembali kerana dia mendakwa bahawa wang yang digunakan untuk membayar rokok tersebut adalah wang palsu. Pekerja tersebut juga mendakwa bahawa Floyd mabuk dan tidak dapat mengawal diri.

Pekerja berkenaan menelefon polis. Antara perbualan tersebut adalah seperti :

Operator : “Apa yang saya boleh bantu” ?

Pekerja: “Ummm, seseorang datang ke kedai kami dan memberi kami wang palsu dan kami perhatikan sebelum dia meninggalkan kedai dan kami berlari kembali ke luar, mereka duduk di dalam kereta mereka. Kami menyuruh mereka memberi kami telefon mereka, mengembalikan barang-barang mereka (tidak terdengar) dan segala-galanya dan dia juga mabuk dan segala-galanya dan kembali untuk memberikan rokok kami kembali dan dia boleh, jadi dia boleh pulang tetapi dia tidak mahu melakukan itu, dan dia duduk di keretanya kerana dia sangat mabuk dan dia tidak dapat mengawal dirinya sendiri. “

BACA JUGA :   Rakyat AS Bantah Kekejaman Polis Terhadap Orang Kulit Hitam

Ketibaan Pegawai Polis 

Dua pegawai polis tiba di lokasi pertama. Mereka adalah Alexander Kueng dan juga Thomas Lane. Mereka menghampiri kereta Floyd. Rakaman CCTV menunjukkan Lane mengeluarkan senjata pistol dan mengacukan ke arah Floyd.

Beberapa saat selepas itu, Lane meletakkan kembali senjatanya kembali ke dalam sarung. Dia kemudiannya menarik Floyd dari tempat duduk pemandu. Floyd ditarik secara kasar dan ditekan ke dinding restoran.

Enam minit seterusnya, Floyd dibawa ke kerata kembali oleh Lane dan Kueng. Namun Floyd jatuh ke atas jalan raya. Tiga minit kemudian, sebuah kereta peronda polis Minneapolis yang membawa Derek Chauvin dan Tou Thao telah tiba di tempat kejadian.

Chauvin dan Tou Thao adalah antara pegawai polis di Minneapolis yang pernah menerima aduan disebabkan kerjanya. Keadaan bertambah tegang apabila Chauvin mula menekan lututnya di leher Floyd. Kueng pula memberi tekanan pada tubuhnya manakala Lane memberi tekanan pada kaki Floyd. Thao pula menjaga keadaan.

BACA JUGA :   Rakyat AS Bantah Kekejaman Polis Terhadap Orang Kulit Hitam

Floyd dilihat sangat terseksa dan dia juga dilihat mengalami kesukaran untuk menarik nafas.

“Saya tidak dapat bernafas”. Itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Floyd.

Chauvin meletakkan lututnya di leher Floyd selama tujuh minit. Sementara itu, Floyd masih merayu agar lutut di lehernya dilepaskan kerana dia tidak boleh bernafas. Menurut laporan, Chauvin meletakkan lutut di leher Floyd selama 8 minit  dan 46 saat.

Setelah memberitahu kepada pegawai polis tersebut sebanyak 16 kali bahawa dia sukar untuk bernafas, Floyd akhirnya tidak sedarkan diri. Orang ramai yang berada di sekitar kawasan kejadian menggesa Chauvin untuk melepaskan lututnya dari leher Floyd. Namun Chauvin berkeras untuk tidak melakukannya.

Ambulans tiba dan pegawai perubatan segera memeriksa denyutan nadi Floyd. Lutut Chauvin masih lagi di atas leher Floyd ketika ambulans sampai. Floyd segera dimasukkan ke dalam ambulans dan dibawa ke hospital yang berhampiran.

Namun, malangnya setelah sampai di hopsital, Floyd didapati sudah meninggal dunia. Namun menurut rekod dari pegawai perubatan di ambulans, Floyd dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung setelah 5 minit dia dimasukkan ke dalam ambulans.

Chauvin telah didakwa atas tuduhan pembunuhan tahap ketiga dan pembunuhan tahap kedua. Tiga pegawai polis yang lainnya dipecat.

Namun, penduduk di Minneapolis tidak berpuas hati dan melakuka rusuhan secara besar-besaran. Rusuhan tersebut menyebabkan kerosakan berlaku dan Datuk Bandar Minneapolis terpaksa melaksanakan perintah berkurung.

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here