Sumber: Google

Sesi persekolahan akan dibuka semula dan semua yang terlibat perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang tidak dibenarkan ialah aktiviti sukan, kokurikulum dan perhimpunan kerana ia membabitkan antara pelajar dan guru.

Makluman SOP Pembukaan Semula Ekonomi bagi sektor pendidikan yang dikongsikan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam menetapkan beberapa syarat. Antara syarat yang ditetapkan ialah suhu badan melebihi 37.5 Celsius tidak dibenarkan masuk ke sekolah.

Selain itu, gejala seperti batuk, sakit tekak dan sukar bernafas juga tidak dibenarkan masuk ke sekolah. Suhu badan guru, pelajar dan warga sekolah termasuk juga pekerja kontrak perlu dicatatkan setiap hari di pintu pagar atau tapak perhimpunan sekolah.

Garis panduan yang dinyatakan itu adalah untuk memastikan semua pelajar, guru dan warga sekolah melakukan saringan kesihatan yang dilaksanakan setiap hari itu. Saringan itu perlu dilakukan di lokasi yang ditetapkan sebelum sesi persekolahan bermula.

BACA JUGA :   Universiti Terbaik di Indonesia Menawarkan Kemasukan Kepada Pelajar di Malaysia

Aplikasi MySejahtera perlu dimuat turun dalam telefon pintar masing-masing untuk mereka yang ingin mengunjungi sekolah. Ia bertujuan merekodkan pengesanan kontak rapat. Pihak pengurusan sekolah juga diwajibkan untuk membuat hebahan mengenai langkah keselamatan dan kebersihan.

Langkah itu perlu dihebahkan setiap waktu pagi, rehat termasuklah ketika sesi pembelajaran dan pengajaran serta sebelum sesi persekolahan tamat. Individu yang berada disekolah diwajibkan untuk mematuhi penjarakan sosial satu meter, pastikan pelajar, guru dan warga sekolah menjaga kebersihan. Sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun dan air.

Tambahan lagi, hand sanitizer boleh digunakan seandainya tiada kemudahan air dan sabun. Sesi persekolahan yang bakal bermula itu hanya menumpukan kepada kelas peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

BACA JUGA :   Hasil Perniagaan Dapat Ditingkatkan Menerusi Safer Food.

Semua jenis sekolah di Malaysia diarahkan tutup bermula 19 Mac lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan akibat wabak COVID-19. Aktiviti tuisyen, sukan, kegiatan kokurikulum dan sebagainya juga tidak dibenarkan.

Sumber: Berita Harian

Anda ingin menghantar barang tetapi malas? Guna sahaja aplikasi SAFER Delivery !

Layari media sosial & website SAFER untuk maklumat lanjut !

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here