Pelarian dari Afghanistan dan Myanmar menghasilkan leboih dri 7,000 set PPE yang akan digunakan oleh frontliners. Mereka menghasilkan set PPE untuk fronliners di lapan hospital dan juga klinik di Malaysia. Pelarian tersebut terdiri dari 21 warga Afghanistan dan juga 6 warga Myanmar.

Earth Heir adalah badan yang bertanggungjawab menyumbangkan hasil usaha mereka. Earth Heir adalah sebuah kumpulan sosial kraftangan yang terdiri daripada 140 artisan di Malaysia.

Set PPE yang bernilai RM163,806.20 membolehkan pelarian menjana pendapatan dan seterusnya menyokong usaha untuk membanteras penularan COVID-19. Penghasilan PPE ini dibiayai sepenuhnya dari sumbangan dan akan dihantar ke Hospital Ampang, Hospital Klang, Jabatan Kesihatan Daerah Gombak dan Petaling, Shah Alam dan Batu dan juga Pusat Perubatan Universiti Malaya.

BACA JUGA :   Jurang Komunikasi Bukan Masalah Lagi Ketika Melancong

Earth Heir menyerahkan penyertaan daripada pelarian ini ke pertandingan anjuran Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Tabung Kanak-Kanak Bersatu.

Pertandingan ini berlangsung sehingga 12 Jun. Motif utama pertandingan ini adalah untuk mencari penyertaan daripada individu dan kumpulan masyarakat berkaitan strategi mereka dalam menempuhi perintah kawalan pergerakan.

Anda yang berminat boleh berkongsi cerita dengan menghantar SHARE ke +60168001919 melalui Telegram atau Whatsapp. Penyertaan boleh dihantar bersama dengan gambar atau video aktiviti mereka sepanjang tempoh PKP. Pemenang berpeluang memenangi baucar bernilai RM100.

Pertandingan ini adalah dalam usaha pemetaan penyelesaian oleh UNDP dan Unicef bagi merekod cabaran dan inovasi dariapda masyarakat ketika tempoh penularan wabak berlaku.

BACA JUGA :   Sertai Kelas Bersama Safer Food Untuk Pengaktifan Akaun

Semoga segala usaha mereka berterusan dan juga bermanfaat untuk kebaikan negara dan kesihatan global.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here