Universiti Al-Azhar sekali lagi buka peluang kepada para pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke universiti mereka dalam bidang Pengajian Islam. Anda boleh melakukan pendaftaran melalui Daulah Educonsult. Daulah Educonsult adalah sebuah organisasi konsultan yang membantu menguruskan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara.
Mesir adalah salah satu negara yang menjadi pilihan pelajar dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam selain di Indonesia. Bidang Pengajian Islam di Mesir adalah antara yang terbaik di dunia. Terdapat ramai tokoh ilmuwan Islam yang lahir dari pusat pendidikan terulung dan tertua di dunia ini.
Daulah Educonsult buka peluang kepada pelajar lepasan STAM untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam Ijazah Sarjana Muda. Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun sahaja.
Universiti Al Azhar
Terletak di Kaherah, Mesir dan dibina pada 970 hingga 972 AM. Kampus utama terletak di bandar Kaherah. Universiti ini diasaskan oleh dinasti Fatimid di Mesir yang merupakan keturunan dari Fatimah iaitu anak perempuan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
sistem konvensional masih lagi diamalkan di universiti ini iaitu menekankan aspek teori sebelum menumpukan kepad aspek klinikal. Bahasa pengantar dan komunikasi adalah bahasa Arab. Oleh itu, kelebihan jika anda menuntut di universiti ini adalah anda mampu bertutur secara fasih dalam bahasa Arab.
Kelebihan Menuntut Di Bumi Mesir
Kelas Talaqqi Percuma
Di Mesir, terdapat banyak kelas-kelas agama iaitu Talaqqi. Pelajar boleh menimba ilmu tambahan dalam bidang seperti ilmu Aqidah, Fiqh dan sebagainya. Tambahan, waktu bertalaqqi adalah flesibel. Ianya boleh dijalani selepas waktu belajar. Kelas yang diberikan adalah percuma.
Pengajian Al-Quran
Pelajar boleh mendapatkan khidmat sanad untuk belajar Al-Quran dengan bacaan tajwid yang betul. Anda perlukan sanad yang terlatih agar anda mampu membaca bacaan Al-Quran dengan betul. Di Mesir, terdapat ramai syeikh yang mampu membimbing anda.
Fasih Berbahasa Arab
Nama pun masyarkat Arab, sudah pasti pertuturan utama mereka adalah berbahasa Arab. Di Mesir, terdapat dua jenis pertuturan yang digunakan. Yang pertama ialah bahasa Arab Ammi (loghat) dan juga bahasa Arab Fusha (rasmi). Namun jika anda menuturkan salah satu daripada bahasa di atas, masyarakat Arab tetap mampu untuk faham.
Haji Dan Umrah
Jika anda sudah berada di Mesir, jangan lepaskan peluang untuk mengerjakan ibadah Umarah atau pun Haji. Jika di Malaysia, anda perlu mendaftar melalui Tabung Haji yang akan memakan masa. Namun jika anda mendaftar melalui kerajaan Mesir, insyallah perjalanan ibadah Umrah dan Haji anda akan lancar dan dipermudahkan.
Kemasukan seterusnya adalah pada bulan September 2020. Namun anda sudah boleh mula melakukan pendaftaran mulai sekarang. Daftar segera sebelum kuota yang dibuka penuh!
Sebelum itu, jalani sesi konsultasi yang dijalankan secara percuma di pejabar urusan mereka di Dataran Pandan Prima 2.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)