Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah digugurkan dari Bersatu dan keadaan ini menyebabkan parti Bersatu bahagaian Muar yang diwakilinya berpecah belah. Sehari selepas Bersatu Muar mengeluarkan kenyataan iaitu menyokong Syed Saddiq, 12 daripada 21 yang menandatangani kenyataan itu mula menjauhkan diri. Mereka juga lebih selesa mendiamkan diri.

Timbalan Ketuan Bersatu Muar, Basut Nin, berkata bahawa semua urusan parti mestilah berdasarkan perlembagaan parti. Maka oleh kerana parti telah mengumumkan bahawa keahlian Syed Saddiq telah gugur. Mereka perlu akur dengan keputusan tersebut.

Tambahan, mereka turut mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang ditabur oleh Syed Saddiq.

“Kami akan meneruskan agenda memperkasa parti dan kami akan berbincang dengan ibu pejabat parti mengenai langkah seterusnya,” katanya.

Penandatangan lain adalah AJK Bahagian Abu Bakar Al Sidek Ahmad, Jamil Mohd Noh, Edzhar Jasmary, Khairil Anuar Md Noh, Mohammad Hatta Mahfodz, Kamariah Baharom, Sailan Daim, Hisyam Othman dan Jasmi Awang.

BACA JUGA :   Universitas Padjadjran Universiti Pilihan Untuk Bidang Perubatan

Khamis lalu iaitu 28 Mei Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya mengeluarkan surat kepada lima anggota Parlimen termasuk Syed Saddiq. Surat tersebut menyatakan keahlian parti mereka sudah gugur. Hal ini berlaku kerana mereka didapati duduk di kerusi pembangkang pada persidangan Parlimen 18 Mei lalu.

Ahli Parlimen yang lain yang dikatakan digugurkan keahlian ialah Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Maszlee Malik (Simpang Renggam).

Kelima-lima anggota parlimen tersebut tidak memaklumkan meninggalkan Bersatu atau menyertai mana-mana parti politik. Namun, mereka berkeras bahawa Bersatu sepatutnya bersama Pakatan Harapan  dan bukannya Perikatan Nasional.

Namun, Tun Mahathir menolah pengguguran keanggotaan tersebut dengan alasan Suhaimi tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Tambahan, menurut Wan Ahmad Fayhsal yang merupakan bekas pembantu Syed Saddiq di Kementeran Belia dan Sukan menegaskan Syed Saddiq tidak punya hak untuk bercakap atas nama ketua pemuda Bersatu (ARMADA).

BACA JUGA :   Siapa Kelentong Siapa? Syed Saddiq Bidas Kenyataan Papagomo.

Berminat melanjutkan pengajian ke universiti pilihan di luar negara?

Daulah Educonsult Sedia Membantu

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here