Pengajian bidang perubatan di universiti luar negara kini menjadi pilihan ramai dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pasti memilih Rusia sebagai destinasi mereka.
Ini kerana Rusia adalah antara negara yang menawarkan pengajian yang berkualiti tinggi dan universiti terbaik. Daulah Educonsult adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan dan membantu para pelajar untuk menyambung pengajian ke universiti luar negara.
Agensi ini menjadi pilihan ramai kerana menawarkan pelbagai bidang pengajian dan ianya bukan sahaja menawarkan bidang perubatan. Antara bidang pengajian lain yang ditawarkan ialah penerbangan awam, pengurusan perniagaan, gerontologi, akaun, kejuruteraan komputer, kejuruteraan awam dan banyak lagi.
Kursk State Medical University (KSMU) adalah antara universiti yang terbaik dicadangkan oleh Daulah Educonsult dalam bidang perubatan. Universiti ini antara salah satu daripada 10 buah universiti terbaik di Rusia. Selain itu, KSMU juga adalah universiti pertama di Rusia yang menawarkan program latihan perubatan dalam bahasa Inggeris.
Bidang yang ditawarkan di KSMU ini ialah Asasi Perubatan untuk lepasan SPM. Manakala untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan terbuka kepada lepasan Diploma, Asasi, Matrikulasi dan Setaraf. Selain daripada bidang perubatan, KSMU juga menawarkan bidang Gerontologi iaitu kerja sosial.
Selain itu, universiti lain juga ada ditawarkan di Rusia ini. Antaranya ialah:
- Saint Petersburg University – Bisnes
- Privolzhsky Research Medical University – Perubatan
- Volgograd State Medical University – Perubatan
- I.M Sechenov First Moscow State Medical University – Perubatan
- Moscow Aviation Institute – Penerbangan Awam
Sesi kemasukan adalah pada bulan September 2020. Anda boleh memohon sekarang menerusi Daulah Educonsult. Jika anda memerlukan khidmat nasihat, anda boleh dapatkan dengan konsultan Daulah Educonsult.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)