Platform e-hailing milik penuh anak tempatan, Safer Group bakal memasuki pasaran Indonesia awal tahun 2021. Safer menawarkan perkhidmatan e-hailing seperti penghantaran penumpang, penghantaran makanan dan juga penghantaran barangan. Kenderaan yang digunakan adalah kereta dan juga motorsikal. Kini, anda bakal menggunakan perkhidmatan Safer di peringkat antarabangsa iaitu di negara Indonesia.

Perkhidmatan e-haling di Indonesia adalah perkara biasa di Indonesia. Majoriti rakyatnya menggunakan perkhidmatan ini dan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara syarikat e-hailing yang terdapat di Indonesia adalah seperti Gojek, Grab dan sebagainya.

Untuk menggunakan perkhidmatan Safer, anda perlu mendaftar sebagai USER Safer terlebih dahulu. Klik kink di bawah untuk lakukan pendaftaran. Anda sudah boleh memuat turun aplikasi Safer di Google Play Store dan juga App Store.

BACA JUGA :   Safer Food Bantu Anda Tingkatkan Hasil Jualan.

http://tinyurl.com/y8kzvbeq

Safer menawarkan perkhidmatan seperti Safer Ride, Safer Swift, Safer Food dan juga Safer Delivery. Kesemua perkhidmatan ini boleh didapati dan digunakan di aplikasi Safer.

SAFER RIDE

Safer Ride adalah perkhidmatan yang menggunakan kenderaan kereta iaitu penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Terdapat SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold dan Safer Indulge. Setiap servis ini menawarkan kereta yang berlainan dan kos perjalanan juga berbeza.

SAFER SWIFT

Safer Swift adalah perkhidmatan penghantaran penumpang dengan menggunakan motorsikal. Hanya pembonceng dan penunggang sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini pada satu-satu masa. Safer Swift adalah lebih murah berbanding dengan Safer Ride.

SAFER DELIVERY

Safer Delivery adalah pekhidmatan penghantaran barangan. Terdapat dua jenis penghantaran iaitu Single Delivery dan Multib Delivery. Penghantaran dilakukan dengan menggunakan kereta atau motorsikal bergantung kepada saiz barang anda.

BACA JUGA :   Jom Iklankan Bisnes Anda Menerusi SAFER Food Merchant !

SAFER FOOD

Safer Food adalah platform memesan makanan secara atas talian. Terdapat delivery partner dari Safer yang akan menghantar pesanan makanan anda. Terdapat 3 kaedah untuk melakukan pesanan makanan di Safer. baca artikel di bawah untuk ketahui 3 kaedah itu.

3 Kaedah Membuat Pesanan Makanan Di Safer Food

Jangan terlepas untuk ikuti platform media sosial Safer untuk ketahui maklumat dan promosi yang ditawarkan oleh mereka.

No fon : Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Khidmat Pelanggan : 01120586389

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here