Ada yang minat bidang veterinar dan ingin sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult mempunyai tawaran kepada pelajar yang sedang mencari bidang veterinar. Perkhidmatan konsultan akan diberikan kepada pelajar untuk membuat pilihan universiti mana yang mereka ingin sambung belajar.
Bidang veterinar yang ditawarkan di beberapa buah negara ialah Bangladesh dan Indonesia. Antara universiti yang menawarkan bidang veterinar di Indonesia ialah Bogor Agricultural University, Universitas Brawijaya dan Universitas Gadjah Mada. Di Bangladesh pula universiti yang menawarkan bidang veterinar ialah Bangladesh Agricultural University (Veterinary Science).
Bogor Agricultural University di Indonesia mempunyai dua program dalam pendidikan perubatan veterinar iaitu Program Pendidikan untuk Sarjana Muda Perubatan Veterinar (SKH) dengan 150 mata kredit semester. Mereka yang datang dari program ini boleh memohon terus ke tempat kerja melalui Program Pendidikan untuk Doktir Perubatan Veterinar (PPDH) atau Program Pasca Siswazah.
Bagi Program pendidikan untuk Doktor Perubatan Veterinar (PHD) boleh mencapai Doktor Perubatan Veterinar dengan mengambil 40 mata kredit semester.
Selain itu, Universitas Brawijaya mempunyai bidang pergigian dan perubatan selain perubatan veterinar. Universiti ini telah mendapat 3 bintang di QS Stars yang dinilai berdasarkan kecemerlangan tahun 2013, Pemenang Minggu Sains Pelajar Kebangsaan (PIMNAS) XXI, XXII dan XXV, Akreditasi Antarabangsa ABEST@! untuk Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dan Akreditasi Antarabangsa, Institut Teknologi Makanan, USA untuk program Pengajian Teknologi Produk Pertanian.
Bidang veterinar yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult terdapat di Bangladesh iaitu Bangladesh Agricultural University (Veterinary Science) atau Universiti Pertanian Bangladesh (BAU). Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1961 yang mana pada mulanya ia dikenali sebagai Kolej Penternakan Haiwan dan Sains Veterinar.
![]()





