Madrasah Daulah ialah madrasah yang telah ditubuhkan oleh Daulah Holding. Madrasah Daulah dibuka untuk mereka yang berumur dari 12 hingga 30 tahun tanpa mengira jantina. Pelajar yang berdaftar di Madrasah Daulah akan diberi peluang untuk sambung belajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Tanpa memerlukan sebarang sijil pun pelajar dapat sambung belajar ke luar negara.
Pelajar yang sambung ke Madrasah Daulah akan diberikan ujian khas untuk menentukan pelajar ditempatkan di Maahad Buuth atau Dirosh Khossoh. Pelajar yang mendapat keputusan khas dalam ujian kahs tersebut akan ditempatkan ke Maahad Buuth tetapi sekiranya pelajar mendapat keputusan yang kurang baik akan diletakkan ke Dirosoh Khossoh untuk pembelajaran seterusnya mengikut kemampuan pelajar.
![]()






