Pelajar-pelajar yang telah memasang niat untuk sambung belajar ke luar negara boleh mendapatkan khidmat konsultan daripada Daulah Educonsult untuk mencapaikan niat tersebut. Daulah Educonsult ialah syarikat konsultan yang bersedia membantu pelajar untuk sambung belajar ke luar negara.
Pelabagai bidang ditawarkan kepada pelajar antaranya ialah pengajian Islam, bahasa Arab, kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, perubatan, pergigian, farmasi, veterinar dan lain-lain bidang. Negara yang ditawarkan kepada pelajar ialah Bangladesh, Rusia, Poland, Indonesia dan juga Mesir. Pelajar yang ingin sambung belajar ke luar negara hendaklah mendapat semua B dalam subjek Sains untuk SPM, CGPA 3.0 dalam STPM dan semua B untuk subjek Sains dalam A-level.
MESIR

Pelajar yang ingin sambung ke Mesir sangat beruntung kerana Daulah Educonsult juga membuka tawaran sambung belajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir tanpa memerlukan sebarang sijil. Pelajar akan menyertai Program Madrasah Daulah dimana pelajar kemasukan adalah terbuka kepada mereka yang berumur dari 12 hingga 30 tahun.
Pelajar yang menyertai Program Madrasah Daulah akan didedahkan dengan beberapa aktiviti sebelum memasuki ke Maahad Buuth. Pelajar yang ingin memasuki Program Maahad Buuth akan menduduki Ujian Imtihan Qabul yang akan menentukan pelajar dapat memasuki program tersebut.
Selepas menduduki Ujian Imtihan Qabul, pelajar mendapat keputusan yang baik akan diletakkan ke dalam Program Madrasah Daulah tetapi jika pelajar mendapat keputusan yang kurang baik, pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh yang mana pelajar akan menjalani sesi pembelajaran secara berperingkat. Seterusnya, pelajar akan diberi peluang untuk sambung belajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir tetapi hanya dalam bidang pengajian Islam. Bidang selain pengajian Islam dibuka untuk pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya.
RUSIA
Pengajian di Rusia adalah sangat menarik kerana suasananya yang tidak sama dengan suasana di Tanah Air sendiri. Rusia juga mempunyai empat musim selain mempunyai tempat-tempat menarik di sana. Universiti terbaik yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Kursk State Medical College yang telah tersenarai sebagai 10 universiti perubatan terbaik di Rusia. Universiti ini juga merupakan universiti pertama yang menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang perubatan.

Selain KSMU, terdapat juga institusi lain yang ditawarkan di Rusia antaranya ialah Russia National Research Medical University, Saint Petersbug University, Privolzhysky Resrach Medical University, Volvograd State Medical University, I.M. Sechenov First Moscwo State Medical University dan Moscow Aviation Institute. Bidang yang ditawarkan di Rusia ialah perubatan, gerontology, pra-perubatan, pengurusan perniagaan dan kejuruteraan pesawat.
POLAND
Poland juga merupakan sebuah negara yang menarik kerana mempunyai empat musim dalam setahun dan terletak di tengah-tengah Eropah yang bersempadan dengan negara Jerman. Universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar ialah Medical University of Lodz yang mana universiti merupakan pendidikan perubatan terbaik di Poland dan mendapat pangkat pertama dalam Ujian Perubatan Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013. Universiti ini dibina pada tahun 1945 yang mengendalikan tiga fakulti iaitu fakulti kemanusiaan, sains matematik dan sains, dan undang-undang dan ekonomi. Namun universiti ini berkembang menjadi farmasi, perubatan dan pergigian pada tahun 1946.
Selain Medical University of Lodz, terdapat juga universiti lain iaitu Vistula University, University of Warsaw, Warsaw University of Technology dan Vincent Pol University dengan bidang yang ditawarkan ialah perubatan, kejuruteraan, teknologi maklumat, kewangan akaun, psikologi, pengurusan perniagaan dan lain-lain.
INDONESIA

Bidang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult di Indonesia ialah perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, psikologi dan lain-lain bidang. Universiti di Indonesia menjadi tarikan pelajar-pelajar untuk sambung belajar kerana jaraknya yang dekat dengan Malaysia memudahkan pelajar untuk pulang dan pergi apabila tiba waktu cuti. Universiti yang terdapat di Indonesia ialah Universitas Hasanuddin di Makassar, Institut Agama islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi (IAIN STS Jambi), Universitas Brawijaya dan terdapat beberapa lagi buah universiti.
BANGLADESH

Bangladesh adalah salah satu negara yang banyak menawarkan universiti dengan bidang perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar memandangkan negara berkenaan juga mempunyai alatan yang lengkap untuk melakukan praktikal dalam bidang-bidang tersebut. Universiti yang ditawarkan di Bangladesh ialah Dhaka Medical College, Dhaka Dental College, Mymensigh Medical College, Chittagong Medical College, M.A.G Osmani College di Sylet dan Bangladesh Agricultural Univesrity (Veterinary Science).
Pelajar yang  berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang sambung belajar ke luar negara, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here