Daulah Educonsult merupakan syarikat konsultan yang bertujuan untuk membantu pelajar sambung pengajian ke luar negara. Antara negara yang ditawarkan kepada pelajar ialah Bangladesh, Poland, Rusia, Mesir dan Indonesia dengan bidang yang pelbagai. Bidang yang ditawarkan antaranya ialah gerontology, kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, perubatan, farmasi, pergigian, veterinar, bahasa Arab, pengajian Islam dan lain-lain.
Daulah Educonsult menawarkan pelajar dengan bidang bahasa Arab dan pengajian Islam yang mana bidang tersebut terdapat di Mesir, Turki dan Indonesia. Di Mesir, universiti yang menawarkan bidang pengajian Islam dan bahasa Arab ialah Universiti Al-Azhar. Bagi pelajar yang ingin sambung belajar ke Universiti Al-Azhar, mereka tidak memerlukan sebarang sijil untuk sambung belajar ke sana.
![]()
Pelajar boleh mendaftarkan diri ke Madrasah Daulah bermula umur 12 tahun sehingga 30 tahun. Pelajar akan menduduki satu ujian khas dan setelah menduduki ujian tersebut, pelajar yang mendapat keputusan baik boleh memasuki ke Maahad Buuth dan pelajar yang mendapat kurang memuaskan akan dimasukkan ke Dirosoh Khossoh untuk pembelajaran yang bertahap mengikut kemampuan pelajar. Pelajar yang berjaya akan diserap terus ke Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.
Selain di Mesir, Turki juga menawarkan bidang pengajian Islam dan bahasa Arab kepada pelajar. Intitusi yang menawarkan bidang tersebut ialah Universiti fatih Sultan Mehmet yang mempunyai 15 unit akademik, 7 fakulti, 6 institusi dan 2 sekolah menengah. Institusi ini juga mempunyai yayasan mereka sendiri iaitu Yayasan Fatih Sultan Mehmet Han, Yayasan Sinan Aga bin Abdurrahman, Yayasan Nurbanu Valide Sultan, Yayasan Hatice Sultan dan Yayasan Abdullahoglu Haci Abdulaziz Ağa.
![]()






