Adakah anda tahu maksud sebenar gig ekonomi? Gig ekonomi adalah sebuah model ekonomi yang memerlukan organisasi atau perniagaan beroperasi yang bergantung kepada pekerja bebas. Hal ini bermakna mereka yang terlibat dengan gig ekonomi adalah individu yang mempunyai pekerjaan fleksibel. Misalnya seperti perniagaan atas talian seperti Grab dan Food Panda.
Di Malaysia, gig ekonomi mula berkembang sejak dua tahun kebelakangan ini. Namun di negara Barat, gig ekonomi telah berkembang sejak 10 tahun lalu. Seiring dengan platform teknoligi digital, penerimaan rakyat Malaysia dengan gig ekonomi semakin berkembang.
Perkembangan rakyat Malaysia terhadap gig ekonomi secara tidak langsung membantu merancakkan ekonomi Malaysia. Hal ini kerana sektor perkhidmatan mampu menyumbang kepada peratus terbesar untuk KDNK negara. Seterusnya, ia mampu membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari pendapatan tambahan di luar waktu kerja.
Ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk menjadi freelancer selepas waktu bekerja. Selain dari mampu bekerja secara flesibel, pelaung untuk jana pendapatan sampingan adalah tinggi. Tambahan, pekerjaan ini tidak memerlukan anda berada di pejabat. Namun terdapat juga risiko untuk pekerjaan jenis ini iaitu insurans berkemungkinan tidak dibekalkan.
Grab, FoodPanda, Safer, Bungkusit dan sebagainya adalah contoh pekerjaan di bawah Gig Economy. Pekerjaan dalam gig ekonomi tidak termaktub dalam Akta Pekerja 1955.
Gig ekonomi akan buka peluang besar kepada ekonomi negara khususnya peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Untuk kehadapan, mungkin kerajaan boleh wujudkan satu undang-undang, peraturan atau akta bagi mengawal selia pihak yang terlibat agar semua pihak mendapat memanfaatkan peluang yang ada untuk menambahkan pendapatan.
Deenamik ingin memperkenalkan satu e-hailing yang menawarkan perkhidmatan penghantaran penumpang, makanan dan juga barangan iaitu SAFER. Safer menawarkan perkhidmatan seperti berikut :
Untuk menggunakan kesemua perkhidmatan tersebut, lakukan pendaftaran segera dengan hanya klik link di bawah :
Facebook: @saferasia
Twitter: @SAFERofficial
Youtube: https://bit.ly/safergroup
Instagram: @safer.my
Email : support@safer.my