AirAsia telah melaksanakan garis panduan yang baru berkenaan dengan jenis bagasi yang dibenarkan di bawa masuk ke dalam kabin. Syarikat penerbangan tambang murah berkenaan mengeluarkan kenyataan ini dengan mematuhi artikel Polisi Penjarakkan Sosial Bagasi Kabin.

Menurut artikel yang dikemaskini pada Rabu lepas, hanya salah satu dari tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap penumpang. Tiga jenis beg tersebut adalah komputer riba, beg tangan dan juga beg kecil. Namun, penumpang hanya dibenarkan membawa satu sahaja beg daripada pilihan beg di atas.

Beg yang boleh dibawa masuk pula perlu melepasi piawaian seperti :

  1. Tidak boleh melebihi 40cm (tinggi) x 30 cm (lebar) x 10 cm (panjang)
  2. Tidak boleh melebihi berat 7 kg.
  3. Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan.
BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Dhaka Dental College

Namun sekiranya beg tersebut tidak muat untuk diletakkan di tempat duduk hadapan, penumpang tersebut dibenarkan untuk mendaftar masuk secara percuma beg mereka. Namun dengan syarat beg berkenaan tidak melebihi 7 kg.

Walau bagaimanapun, penumpang akan dikenakan caj tambahan sekiranya beg mereka melebihi 7 kg. Penumpang akan dikenakan caj bagi setiap kilogram. Polisi baru ini dibuat selepas ruang storan bagasi di ats kepala penumpang tidak boleh digunakan buat masa sekarang.

Tindakan yang diambil oleh pihak AirAsia ini adalah untuk mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakkan sosial antara penumpang di dalam pesawat. Polisi ini berkuatkuasa selepas proses hibernasi pesawat AirAsia ditarik semula pada 29 April 2020.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult, konsultan pelajar yang berdedikasi tinggi

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link di bawah :

https://www.airasia.com/aa/inflight-comforts/ms/my/baggage.html

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here