Daulah Educonsult kembali buka peluang kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf untuk kemasukan sesi bulan September 2020 bagi pengajian Gerontologi. Deenamik dimaklumkan bahawa Daulah Educonsult buka peluang pengajian ini di Kursk State Medical University.
Kursk State Medical University adalah universiti pilihan pelajar di seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang perubatan. Bidang pengajian gerontologi adalah pengajian mengenai proses penuaan dan masalah yang dihadapi oleh warga emas.
Pengajian gerontologi di Kursk State Medical University akan memfokuskan kepada penyelidikan mengenai penyakit dan hilang upaya yang dikaitkan dengan proses penuaan. Pengajian mengenai gerontologi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam saringan dan diagnosis dan juga membentuk kaedah intervensi rawatan dan penjagaan yang efektif.
Tempoh pengajian bagi bidang Gerontologi adalah selama 4 tahun. Kursk State Medical University atau lebih dikenali sebagai KSMU mengamalkan proses pembelajaran berbahasa Inggeris. Hal ini merupakan antara penyebab utama pelajar memilih KSMU adalah kerana proses pembelajarannya adalah dalam bahasa Inggeris.
Tambahan, KSMU mengamalkan konsep “LOCK FEE” iaitu tidak akan terdapat sebarang penambahan atau pengurangan dai segi pembayaran yuran walaupun nilai mata wang Ringgit Malaysia mengalami kejatuhan atau kenaikan.
Kursk adalah sebuah bandar perindustrian yang terletak di Rusia. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti ini, anda dinasihatkan untuk melakukan pendaftaran segera bersama Daulah Educonsult kerana peluang yang dibuka kali ini terhad.
Sebelum melakukan pendaftaran, anda perlu jalani sesi konsultasi secara percuma di pejabat Daulah Holding di Dataran Pandan Prima 2, Kuala Lumpur.
Atau
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)