Safer telah membuat satu promosi khas untuk semua pengguna Safer dimana mereka akan mendapat kupon RM5 off untuk semua jenis perkhidmatan yang terdapat di dalam Safer. Penggunaan kupon ini adalah sekali untuk satu perkhidmatan sahaja dan kupon ini akan diberikan kepada mereka yang berdaftar pertama kali sebagai user Safer.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer ialah Safer Ride, Safer Delivery, Safer Food dan Safer Swift. Setiap perkhidmatan adalah berbeza.
Safer Ride ialah perkhidmatan membawa penumpang menggunakan kereta. Safer Ride mempunyai empat jenis perkhidmatan kereta yang ditawarkan iaitu
-
SaferGo, ialah perkhidmatan membawa penumpang menggunakan kereta yang berdaftar dari tahun 2011 hingga 2020 yang mempunyai lima tempat duduk.
-
Safer Gold, ialah perkhidmatan membawa penumpang menggunakan kereta yang mempunyai sisi besar atau mewah.
-
SaferGo Xtra, ialah perkhidmatan membawa penumpang menggunakan kereta yang mempunyai tujuh tempat duduk atau MPV.
-
Safer Indulge ialah perkhidmatan membawa penumpang menggunakan kereta yang bersaiz besar atau ‘minibus’.