Ramai pelajar yang ingin melanjutkan pengajian Perubatan ke Indonesia kerana tempoh perjalanan yang singkat dan juga cuaca yang lebih kurang sama dengan Malaysia. Namun itu bukan sahaja sebab utama mereka melanjutkan pengajian ke negara Indonesia.

Universiti di negara Indonesia khususnya Universitas Sumatera Utara menyediakan pengajian perubatan yang terbaik di Indonesia dan Asia Tenggara. Universiti ini telah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA. Oleh itu, pelajar tidak akan menghadapi masalah ketika ingin memohon pekerjaan kelak.

Universitas Sumatera Utara

Universitas Sumatera Utara atau USU bermula dengan penubuhan Yayasan Universitas Sumatera Utara pada 4 Jun 1952 oleh Gabenor Sumatera Utara bagi memenuhi keperluan masyarakat ketika itu. Ketika zaman pendudukan Jepun, Dr Pirngandi dan Dr T. Mansoer merancang untuk mendirikan pengajian tinggi Perubatan. Selepas mengecapi kemerdekaan, Dr Mohd Djamil diangkat sebagai ketua panitia Perubatan di Bukti Tinggi.

BACA JUGA :   Peluang Sambung Belajar Luar Negara - Kemasukan September 2021
Fakulti Perubatan di Universitas Sumatera Utara

Universiti ini terletak di Medan, Indonesia. Fakulti Perubatan di universiti ini wujud pada 20 Ogos 1952. Pelajar yang inngin melanjutkan pengajian perubatan ke universiti ini dinasihatkan untuk melakukan pendaftaran segera kerana kemasukan seterusnya adalah pada September 2020.

Daulah Educonsult buka peluang ini kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/STAM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Pelajar yang mempunyai CGPA 3.0 digalakkan untuk melakukan permohonan. Jika pointer anda berada di abwah 3.0, anda boleh jalani sesi konsultasi terelbih dahulu bersama konsultan terbaik di Daulah Educonsult.

Terdapat banyak kelebihan sebenarnya melanjutkan pengajian ke universiti ini. USU adalah antara universiti pilihan pelajar khususnya di Asia Tenggara untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Tambahan, universiti ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang memudahkan sesi pembelajaran.

Tambahan, bagi pelajar Muslim pula, agama rasmi Indonesia adalah agama Islam. Oleh itu, pelajar Muslim bebas untuk melakukan ibadah dan juga makanan halal sangat mudah didapati. Makanan ruji rakyat Malaysia adalah nasi. Begitu juga dengan Indonesia.

BACA JUGA :   PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Medan juga kaya dengan destinasi pelancongan dalam kalangan rakyat Malaysia. Antaranya ialah Danau Toba, Tanah Tinggi Berastagi, Danau Linting, Tinggi Raja, Istana Maimon dan banyak lagi.

Danau Toba

Jika berminat, lakukan pendaftaran segera dan bina masa depan anda bersama Daulah Educonsult. Kemasukan adalah terhad!

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here