Gara-gara penularan Pandemik Covid-19, ramai pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga terpaksa membatalkan atau menunda hasrat murni mereka itu. Malah, ada diantara mereka yang sudah membayar wang deposit seperti bayaran pelamin, katering, make-up, persalinan dan sebagainyai. Namun, mereka terpaksa menghalalkan segalanya dek kerana tidak mampu mendaptkan kembali wang deposit tersebut.

Kerajaan Malaysia yang dalam Pemulihan Kawalan Pergerakan Pemulihan  (PKPP)  telah membenarkan majlis perkahwinan diadakan namun perlu diadakan dalam norma baharu dan perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Pasangan dari Johor, Norazura Mohd Ali dan suaminya Agus Santosa Sidik telah mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan yang unik dengan konsep Drive-Thru. Konsep ini adalah dari ilham pemilik butik andaman Dinas, Noorsaidatull Asmah Mohamaed Sidek. Idea itu tercetus kerana beliau terpaksa mengambil tanggungjawab yang nesar bagi meastikan semua tetamu yang hadir mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

BACA JUGA :   46 Kluster Masih Aktif Dengan Penambahan 4 Kluster Baharu.

Perkahwinan konsep Drive Thru ini, tetamu perlu melalui tiga check point sebelum mereka dibenarkan melepasi hadir ke majlis tersebut. Antaranya adalah memriksa suhu badan.

Di negeri Johor, aktiviti salam keruk sering dilakukan untuk memberi cenderahati yang berupa wang ringgit kepada tuan rumah. Disebabkan PKPP, wang dari salam keruk akan dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan.

Disebabkan konsep ini, pemilik butik ini menerima banyak tempahan dari pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga sepanjang tempoh PKPP ini. Konsep perkahwinan ini viral dan menerima reaksi positif dari netizen dan rakyat Malaysia.

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here