Bidang pengajian veterinar bukalah satu bidang yang asing dalam kalangan pelajar perubatan. Tambahan, pelajar yang meneruskan pengajian dalam bidang ini bakal menempuh kerjaya sebagai seorang pakar veterinar yang memerlukan mental yang tinggi. Hal ini kerana kerjaya sebagai seorang pakar veterinar, memerlukan anda merawat pesakit yang bertutur dalam bahasa mereka sendiri iaitu haiwan. Merawat haiwan juga memerluakn pengetahuan yang tinggi dan kesabaran yang tinggi.

Daulah Educonsult buka tawaran pengajian veterinar ini kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Terdapat dua buah universiti yang ditawarkan iaitu di Indonesia dan di Bangladesh.

Institut Pertanian Bogor

Pusat pendidikan ini pada awalnya adalah merupakan Fakulti Pertanian Universiti Indonesia. Universiti ini mengangkat pengajian veterinar dan merupakan antara universiti yang bertaraf antarabangsa di Indonesia. Inovasi dari segi pertanian dan juga veterinar lahir dari universiti ini.

Terdapat 10 fakulti di universiti ini. Antaranya termasuklah perubatan veterinar. Pelajar Malaysia ramai yang melanjutkan pengajian veterinar di universiti ini. Hal ini kerana suhunya yang dingin dan nyaman menyebabkan mereka selesa untuk menjalani sesi pembelajaran di universiti ini. Universiti ini terletak di Bogor, Indonesia.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Tawarkan bidang Perubatan & Gerontologi

Bangladesh Agricultural University

Turut dikenali dengan nama singkatan BAU, universiti ini wujud pada 18 Ogos 1961 dan terletak di kira-kira 4 kilometer dari bandar Mymensingh. Dilengkapi dengan enam fakulti dan 41 jabatan.

Bangladesh adalah sebuah negara yang menawarkan pengajian perubatan dan pergigian terbaik termasuklah bidang veterinar. Ramai pelajar di seluruh dunia yang mengikuti pengajian di universiti ini menyifatkan bahawa universiti ini dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan yang lengkap untuk kegunaan pelajar mereka. Tambahan, kos sara hidup juga rendah di universiti ini.

Kedua-dua universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ini telah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA. Hal ini adalah penting kerana memudahkan anda untuk memohon pekerjaan kelak. Nilai tambah, kedua-dua negara ini adalah negara Muslim. Oleh itu, pelajar yang beragama Islam tidak akan mengalami kesukaran untuk melakukan ibadah dan juga makanan halal mudah dicari.

Kemasukan ke Institut Pertanian Bogor adalah apda September 2020. Manakala kemasukan ke Bangladesh Agricultural University adalah Januari 2021. Namun anda sudah boleh melakukan pendaftaran mulai sekarang. Bagi kemasukan ke universiti di negara Indonesia, Daulah Educonsult masih lagi menerima pendaftaran dari pelajar.

Julai,2020

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here