Daulah Educonsult menawarkan khidmat konsultan kepada pelajar yang ingin sambung belajar ke luar negara. Negara-negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Mesir, Rusia, Poland, Indonesia dan Bangladesh dengan bidang-bidang yang berbagai antaranya ialah perubatan, farmasi, pergigian, kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, veterinar, pengajian Islam, bahasa Arab dan lain-lain bidang.
Syarat bagi pelajar untuk sambung belajar ke luar negara adalah pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Yuran perkhidmatan konsultan yang ditawarkan kepada pelajar adalah murah bersesuaian dengan kehendak para pelajar.