Safer merupakan syarikat e-hailing yang masih segar lagi penubuhannya iaitu pada Januari 2020. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer ialah Safer Delivery, Safer Food, Safer Ride dan Safer Swift. Safer sesuai untuk mereka yang ingin mencari wang sampingan melalui perkhidmatan yang terdapat pada Safer.

Safer Delivery merupakan perkhidmatan penghantaraan barang menggunakan kereta mahupun motor. Mereka yang ingin berkhidmat dibawah Safer boleh mendaftar di dalam aplikasi Safer Driver bagi mendaftarkan diri mereka sebagai Safer Driver. Pengguna juga hendaklah memuat turun aplikasi Safer untuk pelbagai perkhidmatan yang terdapat dalam Safer.

Safer Food menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan melalui aplikasi Safer. Safer Food Merchant dibawah Safer Food merupakan peniaga-peniaga makanan kecil, restoran dan juga ‘home kitchen’. Peniaga-peniaga boleh menggunakan khidmat Safer bagi menjual makanan hasil masakan mereka melalui online kepada pengguna Safer.

BACA JUGA :   Peluang DRIVER & RIDER Jana Pendapatan Aktif & Pasif

Safer Ride menawarkan perkhidmatan penghantaran menggunakan kereta pacuan empat roda. Safer Ride menawarkan Safer Gold untuk kereta yang mempunyai sisi besar, SaferGo untuk kereta pacuan empat roda dengan pendaftaran kereta yang terkini antara 2011 hingga 2020. Manakala SaferGo Xtra ialah perkhidmatan penghantaran menggunakan kereta enam tempat duduk iaitu MPV dan Safer Indudge juga ditawarkan dengan menggunakan perkhidmatan kereta yang bersaiz besar seperti Toyota Alphard, Toyota Starex dan Nissan Serena.

Safer Swift adalah perkhidmatan penghantaran tetapi menggunakan kenderaan beroda dua iaitu motosikal. Perkhidmatan ini mudah untuk mereka sampai ke tempat kerja atau destinasi mereka dengan cepat tetapi keselamatan pengguna masih tetap akan diutamakan.

BACA JUGA :   Syarat - Syarat Menjadi Rakan Pemandu Dan Penghantar Safer.

Keselamatan pengguna tetap akan diterapkan dalam kalangan pengguna bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Perkhidmatan ini boleh dimuat turun melalui aplikasi Apps store atau Apple store.

Play Store? : https://bit.ly/saferandroid
App Store? : https://bit.ly/saferiphone

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here