Daulah Educonsult ialah syarikat konsultan yang membantu pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya untuk sambung belajar ke luar negara. Negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult untuk sambung belajar ke luar negara ialah Rusia, Poland, Indonesia, Mesir dan Bangladesh dengan bidang antaranya ialah perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, pengajian Islam, bahasa Arab, kejuruteraan, teknologi maklumat antarabangsa dan lain-lain.
Sungguhpun begitu, negara yang banyak menawarkan bidang perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar ialah Bangladesh yang mana universiti di sana menyediakan alatan yang lengkap untuk melakukan praktikal. Universiti atau institusi yang popular di sana ialah Dhaka Medical College yang terletak di tengah-tengah bahagian lama Kota Dhaka. Kolej berkenaan juga mempunyai hospital sendiri iaitu Hospital Dhaka yang dibina pada tahun 1982.
Hospital Dhaka menyediakan kelengkapan yang lengkap dalam teater operasi dengan makmal untuk penyiasatn dan lain-lain. Selain itu, pelajar yang berhasrat untuk sambung belajar ke bidang pergigian, Daulah Educonsult menawarkan Dhaka Dental College yang merupakan institusi pergigian terbesar di Bangladesh. Kolej ini juga merupakan satu-satunya kolej pergigian kerajaan dan ditubuhkan pada Ogos 1961.
![]()






