Daulah Educonsult adalah badan konsultan yang membantu dan mengurus pelajar untuk melanjutkan pengajian ke universiti yang diiktiraf di negara Indonesia. Kali ini, Daulah Educonsult buka peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Daftar segera kerana kemasukan kali ini adalah terhad. Kemasukan seterusnya adalah pada SEPTEMBER 2020.

Daulah Educonsult buka peluang ini kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/STAM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Pelajar yang berminat boleh terus daftar untuk kemasukan pada SEPTEMBER 2020 ini.

Universitas Sumatera Utara (USU) adalah sebuah universiti awam di Indonesia yang menawarkan ketiga-tiga bidang pengajian ini. USU terletak di Medan, Indonesia. Universiti ini sangat terkenal dalam kalangan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan kerana kos pengajiannya yang rendah. Tambahan, USU adalah sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa di Indonesia.

Jom kenali Universitas Sumatera Utara

Universitas Sumatera Utara mula dibina pada 4 Jun 1952 atas perintah Gabenor Sumatera Utara ketika itu. Semasa zaman pemerintahan Jepun, Dr. Pirngadi dan juga Dr. T. Mansoer telah merancang untuk mewujudkan satu sekolah yang khusus untuk pengajian perubatan. Universiti ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang selesa buat para pelajarnya.

BACA JUGA :   Taman Tema Siri Anime Naruto Kini Dibuka di Jepun

Terdapat 16 buah fakulti di USU. Antaranya termasuklah fakulti perubatan, fakulti pergigian dan juga fakulti farmasi.

Fakulti Pergigian

Fakulti pergigian di USU dibina pada 3 November 1961. Terdapat 10 buah jawbatan di abwah fakulti ini seperti Jabatan Orthodontik, Prosthodontik, Pembedahan Mulut dan sebagainya.

Fakulti Perubatan

Dibina pada 20 Ogos 1952 yang merupakan antara fakulti yang terawal dibina di USU. Fakulti ini mempunyai visi untuk menjadikan institusi pendidikan perubatan terkemuka untuk menuju centre of excellence dalam tropical medicine dan oncology di negara Indonesia.

Fakulti Farmasi

Fakulti yang ditubuhkan pada 1969 ini berada di bawah naungan Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam USU. Visi Fakulti Farmasi adalah untuk menjadi salah satu Institusi Pendidikan Tinggi Farmasi pilihan di Indonesia pada tahun 2020.

BACA JUGA :   Indonesia Pilihan Pelajar Malaysia Tuntut Ilmu Di Peringkat Tinggi

Terdapat kelebihan melanjutkan pengajian ke Indonesia. Ramai pelajar memilih untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Indonesia adalah kerana kos pengajian yang rendah dan jarak serta tempoh perjalanan yang singkat.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here