Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar pasti tidak asing dengan Maahad Buuth. Maahad Buuth adalah sekolah menengah bertaraf antarabangsa yang bersifat kebajikan. Pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian di sini tidak perlu membayar yuran pengajian. Tambahan kos tenaga pengajar juga ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar.

Untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth, pelajar perlu menjalani pengajian ke Madrasah Daulah terlebih dahulu. Madrasah Daulah adalah jalan pintas bagi pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM dan STAM namun ingin juga melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Pelajar yang mengikuti pengajian ke Madrasah Daulah akan meneruskan pengajian ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar.

Madrasah Daulah adalah sebuah pusat pendidikan yang menerima pelajar seawal usia 12 hingga 30 tahun. Pelajar lelaki dan perempuan yang bercita-cita dan bersemangat tinggi digalakkan untuk mendaftar sebagai pelajar di madrasah ini. Jangan risau, Madrasah Daulah menerima pelajar yang tidak mempunyai sijil pendidikan SPM dan STAM. Namun dengan syarat ingin melanjutkan pengajian dengan bersungguh-sungguh.

BACA JUGA :   Jalan Pintas ke Universiti Al-Azhar tanpa STAM & SPM

Di Madrasah Daulah, pelajar akan disiapkan untuk menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul. Tempoh masa untuk menunggu nama naik menduduki ujian kelayakan ini adalah paling cepat 2 bulan. Seterusnya, jika pelajar cemerlang dalam peperiksaan, pelajar akan ditempatkan terus ke Maahad Buuth. Namun pelajar kurang menguasai di dalam peperiksaan pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh. Dirosah Khossoh adalah pra menengah.

Sistem pengajian di Maahad Buuth mengamalkan sistem lompat kelas. Pelajar yang cemerlang dan menguasai dalam peperiksaan dibenarkan untuk lompat sehingga 2 kelas. Oleh itu, bukan satu keanehan jika terdapat pelajar yang berusia dan muda di dalam stu kelas yang sama. Yang penting, kesungguhan untuk melanjutkan pengajian.

Maahad Buuth

Setelah tamat pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar terbahagi kepada tiga iaitu Bahasa ARAB, Usuluddin dan Syariah Islamiah. Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun di Universiti Al-Azhar.

BACA JUGA :   Tempat cantik tapi tak ramai pelancong datang ?

Kemasukan seterusnya adalah pada SEPTEMBER 2020. Pelajar yang berminat dinasihatkan melakukan pendaftaran segera. Jalani sesi konsultasi secara percuma di Daulah Educosult.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here